My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 February 2016

    Ringgit Makin Mengukuh Di Saat Dunia Masih Dibelenggu Kelembapan



    Disaat hampir seluruh dunia mengalami kelembapan ekonomi, Malaysia masih mampu tersenyum bangga apabila kesan daripada kelembapan ini tidak begitu teruk membadai negara seperti apa yang berlaku semasa krisis ekonomi yang melanda Asia pada tahun 1997 / 1998.

    Pada ketika itu, banyak kilang-kilang terpaksa di tutup, kadar pengangguran yang tinggi, kadar kehilangan pekerjaan yang membimbangkan dan nilai matawang Ringgit di niagakan pada kadar RM 4.88 per USD $ 1 Dolar, sebelum ianya di ikat pada kadar RM 3.88 per USD $ 1 Dolar.

    Menjelang tahun 2016, ramai pakar ekonomi menjangkakan, kelembapan ekonomi yang telah bermula pada penghujung Ogos tahun lalu ini pastinya akan membawa kepada permasalahan yang hampir sama pada tahun 1997 / 1998. Namun sehingga kini, kesannya tidak terlalu teruk seperti yang dijangkakan oleh ramai pemerhati ekonomi.

    Faktor yang dikatakan berpunca dari kebimbangan kenaikan mendadak kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan kelemahan matawang Yuan di China nampaknya telah menjangkiti nilai minyak mentah di pasaran dunia. Sehingga kini, kadar minyak mentah dijual pada harga USD $ 32 setong berbanding kadar selesanya USD $ 48 setong.

    Ini menjadikan nilai Ringgit Malaysia turut terheret sama dalam kancah kelembapan ekonomi global sehingga pernah Ringgit Malaysia di niagakan pada RM 4.40 per USD $1 Dolar. Pada ketika itu, ramai yang menjangkakan Ringgit mungkin akan mencecah RM 5 per USD $ 1 Dolar jika tiada langkah-langkah segera diambil oleh kerajaan.

    Pada masa yang sama, pergolakan politik dalaman juga sedikit sebanyak membantu kepada penurunan kadar Ringgit di pasaran antarabangsa. Namun, setelah pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada penghujung Januari lalu, sedikit sebanyak ianya telah kembali melonjakkan Ringgit di pasaran antarabangsa.

    Sehingga semalam, Ringgit di niagakan pada RM 4.20 per USD $ 1 Dolar. Malah, Ringgit pernah mencecah pada kadar RM 4.09 per USD $ 1 Dolar minggu lalu. Pasaran Saham KLSE juga dilaporkan meningkan beberapa puluh mata dan ini menggambarkan langkah proaktif kerajaan yang melaksanakan penjimatan dan perbelanjaan berhemah berjaya melonjakkan sedikit matawang negara.

    Paling utama, sehingga artikel ini di tulis tiada kilang-kilang terpaksa di tutup operasinya hanya kerana kelemahan Ringgit dan kesan langsung daripada masalah kelembapan ekonomi dunia. Ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang masih mampu bertahan disaat hampir keseluruhan negara di dunia masih struggle untuk keluar dari masalah kelembapan ekonomi mereka.

    Dengan disokong dengan pengumuman kadar ekonomi semasa Malaysia yang diunjurkan pada kadar 4.5 peratus hingga 5 peratus pada tahun ini, tidak mustahil, Malaysia sekali lagi berjaya mengharungi detik sukar ini dan sekaligus menjadi peneraju ekonomi rantau Asia untuk kesekian kalinya, tanpa perlu mengeluarkan Rizab Negara bagi menyelamatkan kadar Ringgit, seperti yang dilakukan oleh negara jiran Malaysia, Singapura.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ringgit Makin Mengukuh Di Saat Dunia Masih Dibelenggu Kelembapan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top