Pihak berkuasa mengesyaki kumpulan militan Abu Sayyaf menjadi dalang dalam serangan bom ke atas sebuah pasar malam di sini yang mengorbankan sekurang-kurangnya 14 orang. Sejenis bahan letupan yang telah diubah suai dipercayai dilemparkan kepada pengunjung pasar malam berkenaan yang terletak di tengah-tengah bandar Davao serta berdekatan dengan beberapa hotel terkemuka.
Serangan itu berlaku kira-kira pukul 11 malam (waktu tempatan) kelmarin. Pihak berkuasa berkata, militan Abu Sayyaf yang telah mengisytiharkan menyokong kumpulan Daesh dipercayai melancarkan serangan itu sebagai membalas dendam terhadap pasukan tentera yang melakukan serangan ke kubu mereka minggu lalu.

Beliau merupakan anak perempuan kepada Presiden Manila, Rodrigo Duterte. Duterte yang turut berada di bandar Davao ketika serangan berlaku pula berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas beliau mengumumkan untuk mengerahkan anggota tentera tambahan ke kubu Abu Sayyaf.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh, manakala 67 yang lain cedera dalam letupan itu. Seramai 16 orang yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal, kata seorang pengarah hospital tempatan.

Kumpulan Abu Sayyaf yang merupakan kumpulan lebih kecil sebelum ini lebih cenderung menculik warga asing untuk mendapatkan wang tebusan, manakala Duterte baru-baru ini mengerahkan beribu-ribu anggota tentera ke beberapa pulau kecil dan pulau terpencil di Jolo untuk ‘memusnahkan’ kumpulan berkenaan.
No comments:
Post a Comment