Seorang pekerja ladang sawit ditemui mati dengan 12 kesan luka dipercayai akibat ditetak di perumahan Ladang Permodalan 1, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.18 malam, Carlito Bigno, 26, ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka disyaki akibat tetakan pada tengkuk, kepala, belakang badan, bahu kiri dan kaki.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat berkata, polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat mangsa. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

“Wanita itu yang ketakutan mengambil keputusan untuk bersembunyi. Penghuni yang lain kemudian membuat laporan polis. Pihak kami menahan seorang suspek lelaki berusia 23 tahun pada jam 12.40 tengah malam.
“Suspek berkenaan merupakan adik ipar mangsa. Dia ditahan di perumahan Ladang Permodalan 4,” katanya. Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek, polis menemui senjata disyaki digunakan adik ipar mangsa dalam kejadian itu.
No comments:
Post a Comment