Sekali pandang saling tak tumpah seperti tandas hotel bertaraf lima bintang yang lengkap lampu sorot selain bersih dan kemas namun sebaliknya ia hanya tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Miri, di sini.

Menurutnya, usaha mencantikkan tandas sekolah itu sebahagian daripada komitmen mereka untuk menjadikan sekolah umpama pusat peranginan dan resort. “Pihak sekolah mahu menanamkan budaya kebersihan dalam kalangan pelajar supaya memastikan persekitarannya terjaga dan mereka mempunyai tanggungjawab menjaga kebersihan.
“Selain tandas itu, kami turut mewujudkan Taman Kelulut Syifa, sudut radio IKIM, sudut bacaan dan santai bagi keselesaan pelajar,” katanya, di sini, semalam.

“Pihak sekolah bersyukur kerana mendapat bantuan dana dari pelbagai pihak terutama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pemimpin setempat,” katanya.
0 comments:
Post a Comment