Seperti yang dijanjikan, hari ini peserta perhimpunan BERSIH 5 dilihat mula berkumpul di beberapa lokasi di ibu negara. Antara lokasi tumpuan para peserta adalah di Dataran Maybank Bangsar, sepanjang Jalan Raja Laut, Masjid Jamek, Masjid Negara dan sekitar Brickfields.

Namun begitu, penahanan Maria Chin dan beberapa orang lagi pemimpin BERSIH lewat petang semalam sedikit sebanyak telah merencatkan perancangan BERSIH. Hanya Datuk S Ambiga sahaja kelihatan di sekitar Dataran Maybank Bangsar pada jam 10 pagi tadi.
Dalam perkembangan yang sama, Gerakan Baju Merah juga sudah mula bergerak untuk berhimpun di sekitar Sogo. Ketika pemantauan di lakukan, dianggarkan kira-kira 500 orang sudah mula berkumpul di sekitar Sogo sebelum mereka dijadualkan bergerak ke Padang Merbuk.
Berita lanjut menyusul...
0 comments:
Post a Comment