Teka teki siapakah calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil N03 Tanjung Datu, akhirnya terjawab. Bertempat di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching petang tadi, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg mengumumkan, Puan Sri Hajjah Jamilah Anu di umumkan sebagai calon BN di kerusi DUN berkenaan.
Pengumuman ini sememangnya telah dijangka berikutan kecenderungan kerajaan negeri untuk meletakkan calon yang berpengalaman serta mahir tentang hal ehwal penduduk di kerusi DUN berkenaan. Lebih menarik lagi, ianya menandakan pertambahan satu lagi kerusi DUN untuk kaum wanita di Sarawak.

Beumur 62 tahun, beliau yang berasal dari Bau, tidak jauh dari Tanjung Datu ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah St. Stephen, Bau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kerajaan Bau. Beliau juga mempunyai kelulusan Diploma Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi Mara cawangan Sabah.

Sepanjang mendirikan mahligai rumahtangga dengan Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, beliau telah dikurniakan dua orang anak lelaki, Aziz Adenan dan Azizul Annuar Adenan. Sikap beliau yang mudah mesra dengan rakyat menjadikan beliau dan Allahyarham suaminya sebagai individu yang cukup disayangi oleh rakyat negeri Sarawak.
Melihat kepada latar belakang Puan Sri Jamilah ini, PBB dan Barisan Nasional negeri Sarawak telah meletakkan calon yang cukup rapat dengan Allahyarham dalam meneruskan legasi petadbiran N03 ini pada tangan yang betul.

Walau apapun, sekalung ucapan tahniah diucapkan kepada Puan Sri Jamilah ANu atas kepercayaan yang diberikan oleh Barisan Nasional negeri. Kini, hanya tinggal pihak pembangkang sahaja yang masih belum mengumumkan nama calon mereka.
0 comments:
Post a Comment