Apabila membicarakan tentang kenaikan harga minyak ini, rata-rata netizen di media-media sosial sejak semalam di lihat begitu "meroyan" sehingga ada diantaranya menyifatkan kerajaan tidak berhati perut dan kejam. Bagi mereka, apa yang dilakukan kerajaan ini tidak sepadan dengan kos kenaikan harga barang yang kini dilihat cukup menekan rakyat.

Apa yang mampu dilakukan kerajaan hari ini adalah menguatkuasakan kawalan harga dan pemantauan berterusan keatas pembekal, pemborong dan peniaga yang ada diantaranya cukup gemar mengambil keuntungan yang lebih. Bayangkan, dengan kira-kira 2,000 orang penguatkuasa, adakah mampu KPDNKK mengawal semua peniaga yang ada di Malaysia hari ini?
Sebelum kerajaan menguatkuasakan sistem apungan harga minyak ini, kerajaan memberikan subsidi yang cukup besar keatas bahan api ini. Namun, setelah diasak pembangkang yang mendakwa pemberian subsidi ini telah menyebabkan harga sebenar minyak tidak telus dan ada kemungkinan diselewengkan, maka kerajaan akur kepada desakan pembangkang lebih-lebih lagi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.
Namun, setelah dikuatkuasakan, beliau juga yang tampil menjadi hero untuk menuntut subsidi ini dikembalikan. Kononnya, sistem apungan ini tidak sesuai dilakukan di Malaysia berikutan harga minyak dunia kini tidak stabil. Adakah Rafizi fikir, kerajaan boleh sewenang-wenangnya menukar sistem yang telah diguna pakai hanya kerana mahu mengikut kehendaknya semata-mata?

Oleh yang demikian, amat mudah untuk disimpulkan bahawa selain daripada harga barangan, harga minyak juga merupakan antara perkara yang cukup sensitif buat rakyat Malaysia. Hingarnya mereka ini seolah-olah harga minyak di Malaysia ini adalah yang tertinggi di dunia sedangkan hakikat sebenarnya, Norway adalah negara yang mengenakan caj minyak paling mahal di dunia.
0 comments:
Post a Comment