
Polis sedang menjejaki dalang di sebalik kejadian 19 pondok pembayaran kupon parkir di sekitar bandar raya ini yang dirosakkan dengan dua daripadanya terbakar sepenuhnya dipercayai angkara perbuatan khianat.

“Siasatan awal mendapati 17 pondok pecah cermin dan dua pondok iaitu di bangunan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan Simpang Tiga terbakar, namun pihak syarikat tidak mengetahui punca kejadian serta tidak mengesyaki sesiapa.
“Kesemua pondok dirosakkan dengan cara dilemparkan mercun dan letupan menyebabkan cermin pecah serta difahamkan pondok-pondok tersebut tiada pemantauan pada waktu malam,” ujarnya.

Insiden disedari berlaku sejak Isnin lepas, iaitu melibatkan lapan pondok di Stutong, Jalan Ban Hock, Lorong Abdul Rahim, Padungan, King Centre, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan MBKS yang terbakar.
Menurut sumber, 12 lagi pondok yang dirosakkan pada hari berikutnya ialah di RH Plaza, Taman Hui Sing, Twin Tower, berhampiran Astro, Jalan Padungan, Jalan Abdul Rahim, Jalan Chan Bee Kiew, Yoshi Square, Jalan Rubber, Kaunter DBKU, Green Road dan Simpang Tiga yang terbakar.
0 comments:
Post a Comment