Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Boy Iman bersama dua lagi suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Ampang, Selangor dan Setapak di sini kelmarin berhubung kes penipuan jualan rumah banglo melibatkan jumlah kerugian keseluruhan RM6.2 juta.
Syarikat pelakon telefilem Blok 404 berusia 37 tahun dipercayai bekerjasama dengan syarikat Juta Kelulut Global Resources menawarkan rumah kepada para pembeli dengan harga lebih murah daripada harga pasaran berjumlah RM60,000 bagi sebuah banglo berkeluasan 154 meter persegi (1,650 kaki persegi).

“Bagaimanapun, setelah bayaran dilunaskan, pembinaan rumah tersebut tidak dijalankan. Hasil pemeriksaan yang dijalankan di pejabat suspek di Wisma DBI, Ampang, polis telah merampas sebuah kenderaan jenis Nissan Fairlady, sebuah kenderaan jenis BMW E92 bersama tiga telefon bimbit, sekeping sijil ijazah doktor falsafah daripada Good Samaritan Mission & International University dan pelbagai dokumen milik syarikatnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment