My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 21 November 2015

    SEJARAH AWAL SABAH YANG CUBA DINAFIKAN NURUL IZZAH

    Kebelakangan ini, negeri Sabah kembali menjadi sebutan hangat berikutan tindakan biadab Nurul Izzah Anwar yang begitu terdesak membebaskan pesalah liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara. Nurul Izzah sanggup membelakangkan apa yng menimpa penduduk Timur Sabah apabila bergambar mesra dengan anak kepada Pengganas Sulu yang menyerang Sabah, 8 Mac 2013.

    Tanpa ada rasa bersalah, Nurul Izzah sanggup mengenepikan segala-galanya dan bertemu dengan Jacel Kiram III, individu yang bersumpah akan menuntut Sabah tanpa mengira apa jua jalannya. Ramai yang bertanya, kenapa pihak Sulu begitu beriya-iya mahu menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia? Ikutilah sejarah ringkas berkenaan tuntutan panjang ini dan kenapa ianya berlarutan sehingga kini.

    Negeri Sabah satu ketika dahulu adalah jajahan takluk Negara Brunei Darussalam seawal pemerintahan Sultan Brunei yang pertama, Sultan Muhammad Shah (Awang Alak Betatar) diantara tahun 1363 - 1402  sehingga ke penghujung abad ke-19 selama lebih 500 tahun.

    Semasa Perang Saudara Brunei pada tahun 1661-1673, Sultan Muhyiddin telah menjanjikan wilayah pesisir pantai timur Sabah kepada sepupu beliau, Sultan Suluk jika membantu beliau memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin yang pada masa itu berkubu di Pulau Chermin di kuala Sungai Brunei pada tahun 1673. Walau bagaimanapun, Sultan Suluk dan tenteranya tidak menjalankan tugas yang diberikan dengan baik dan sempurna sehingga menyebabkan kemurkaan Sultan Muhyiddin yang enggan menyerahkan Sabah kepada Kesultanan Suluk. 

    Sejak itu pihak Kesultanan Suluk hanya menuntut wilayah timur Sabah. Ini terbukti daripada catitan "The History of Java" oleh Sir Thomas Stamford Raffles pada tahun 1817 yang mengatakan bahawa 

    "On the north-east of Borneo proper (Brunei) lies a very considerable territory (Sabah), the sovereignty of which has long been claimed by Sulu government"

    Untuk pemahaman lebih tepat, maksud claimed menurut penulisan Sir Thomas adalah menuntut, bukan bererti 'menguasai'.

    Baron von Overbeck
    Sehinggalah pada tahun 1865, Sultan Abdul Momin telah memajakkan wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk kepada Charles Lee Moses (Moses kemudian menjual haknya kepada W.J. Torrey dan Torrey menjual haknya kepada Baron von Overbeck, Konsul Empire Austro-Hungary di Hong Kong). Baron von Overbeck bersama Alfred Dent (Hong Kong) kemudiannya menubuhkan the Dent Company.

    Pada tahun 1877, Baron von Overbeck telah ke Brunei untuk membuat perjanjian pajakan baru dengan Sultan Abdul Momin. Hasil daripada perundingan berkenaan, Sultan Abdul Momin Brunei telah berkenan untuk melantik von Overbeck menjadi Maharaja Sabah dan Raja Gaya dan Sandakan. 

    Sultan Sulu yang membuat
    perjanjian dengan
    von Overbeck
    Menyedari pihak Suluk juga menuntut wilayah timur Sabah pada masa itu, von Overbeck turut juga membuat perjanjian dengan Sultan Suluk ke atas wilayah timur Sabah yang dituntut Suluk sebagai jaminan mengelak masalah-masalah yang mungkin timbul di kemudian hari. Untuk ini, von Overbeck telah dilantik oleh pihak Suluk sebagai Raja Sandakan dan Dato Bendahara. 

    Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh von Overbeck kepada Sultan Brunei ialah $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong Brunei, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Suluk ialah $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Suluk pada 1878. von Overbeck kemudian menjual semua haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menyerahkannya kepada Kerajaan British.

    Jika dilihat pada dokumen-dokumen pajakan Sabah pada bulan Disember 1877, ada terkandung syarat, jika Baron von Overbeck atau pengganti-penggantinya tidak membayar sewa pajakan selama 3 tahun maka Sultan Brunei atau pihak Temenggong Brunei berhak mengambil balik semua wilayah yang dipajakkan itu. Akan tetapi, dalam hal ini, pihak Brunei TIDAK pernah menggariskan untuk menuntut Sabah secara total. 

    Berikutan perjanjian ini, Brunei yang paling jelas berhak menuntut Sabah andai von Overbeck pada masa itu yang menguasai Sabah, gagal melunaskan sebarang bayaran seperti yang termaktub dalam perjanjian berkenaan. Manakala bagi pihak Suluk pula, tiada sebarang perjanjian seumpama itu di tandatangani antara pihak Overbeck dan Suluk.

    Alfred Dent
    Sebaliknya, menurut perjanjian yang mereka tandatangani, pihak Suluk akan menuntut Sabah andai mereka merasakan ada keperluan untuk berbuat demikian dari von Overbeck. Namun begitu, Suluk tidak pernah membuat apa-apa perjanjian dengan Alfred Dent. Sebaliknya, pihak Suluk hanya memegang perjanjian asal bersama von Overbeck sebagai pegangan sehinggalah penduduk Sabah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia pada tahun 1963.

    Pilihan rakyat Sabah yang telah memilih untuk menyertai Malaysia pada 1963, adalah pilihan yang perlu dihormati walaupun telah menimbulkan rasa pilu di hati sesetengah rakyat Brunei pada masa itu. Sehingga kini, hubungan rakyat Brunei dan Sabah tetap erat bagaikan kerabat, walaupun tidak duduk serumah (senegara), namun tetap duduk berjiran. 

    Untuk makluman semua, dokumen-dokumen asal ini adalah disimpan di Public Record Office, London dan mempunyai bilangan rujukan Colonial Office: 874/2, 874/17, 874/18, 874/19 & 874/20. Inilah bukti-bukti nyata dan jelas, Seluruh negeri Sabah adalah dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei Darussalam sejak dari awal 1363 sehingga 29 Disember 1877. Samada sebelum mahupun selepas daripada itu, Sabah tidak pernah diserahkan atau menjadi hak milik mutlak mana-mana daeerah atau negara samada dari pihak Suluk, Filipina mahupun Indonesia.

    Nurul Izzah harus tahu dan faham sejarah awal Sabah sebelum membuat tindakan bodohnya untuk menjalinkan sebarang kerjasama dengan kerajaan Suluk apatah lagi dengan keluarga Kiram di Suluk. Paling utama, sehingga hari ini kerajaan Filipina, sejak pemerintahan Jose Rizal, tidak pernah mengiktiraf keluarga Kiram terutamanya Jamalul Kiram, adalah Sultan dan pemerintah Kepualuan Sulu.

    Sultan Jamalul Kiram III
    Ini adalah kerana, seramai 42 orang penduduk kepulauan berkenaan mengaku bahawa mereka adalah Sultan Sulu. Namun, hanya 3 orang sahaja yang dapat menunjukkan susur galur mereka dan ini juga tidak dapat meyakinkan Manila tentang tuntutan yang mereka suarakan.

    Perlantikan Jacel Kiram selaku Gabenor di Kepulauan Sulu juga sebenarnya bukan atas kemahuan Manila. Namun memandangkan Jamalul Kiram III mempunyai pengaruh di sana, Jacel Kiram akhirnya diberi keizinan untuk menjadi Gabenor, itupun setelah dua kali kiraan semua undian perlantikan Gabenor untuk kepulauan berkenaan.
     

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SEJARAH AWAL SABAH YANG CUBA DINAFIKAN NURUL IZZAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top