My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 May 2018

    Akhirnya, Satu Persatu Bakal Hilang...




    Hari ini, tumpuan pemerhati politik tertumpu ke Putrajaya apabila buat kali pertamanya sejak Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan, satu mesyuarat kabinet diadakan dan dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri.

    Ramai yang ingin mengetahui, apakah janji-janji pilihan raya yang ditabur semasa kempen Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu akan di sebut dan diputuskan di dalam mesyuarat kabinet kali ini. Pastinya ada yang mengharap, janji pemansuhan GST dan harga minyak diturunkan ke paras RM 1.50 seliter akan dimuktamadkan dalam mesyuarat ini.

    Namun, apa yang terhasil dari mesyuarat ini agak meleset dari jangkaan. Secara amnya, sebanyak 9 perkara telah diputuskan menerusi mesyuarat kali ini dan apa yang mendukacitakan adalah, beberapa perkara yang tidak dijangka turut diputuskandalam mesyuarat kali ini.

    Secara amnya, menerusi mesyuarat berkenaan, kerajaan telah membuat keputusan untuk memotong 10 peratus gaji asas para menteri kabinet bagi membolehkan kerajaan membuat penjimatan. Namun,elaun dan tuntutan khas masih kekal sama tanpa ada sebarang pemotongan.

    Perkara kedua yang diputuskan adalah, fungsi pelbagai agensi di bawah seliaan kerajaan BN sebelum ini dimansuhkan sepenuhnya. Agensi seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD, JASA dan Majlis Profesor Negaran akan terlibat dalam pemansuhan dengan SPAD akan diserapkan semula di bawah Kementerian Pengangkutan.

    Pada mesyuarat yang sama, kabinet turut bersetuju bahawa kadar hutang negara adalah sebanyak 65 peratus dari kada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Keputusan ini sebenarnya sudah dijangka berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang ahli badan penasihat kerajaan, Tun Daim Zainudin yang mendakwa, negara menanggung hutang mencecah angka RM 1 Trilion.

    Perkara seterusnya mungkin akan mengecewakan ramai penjawat awam apabila kerajaan hari ini memutuskan untuk mengkaji semula 1 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang dijadualkan bakal bermula Julai ini seperti yang diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi manifesto Barisan Nasional sebelum ini.

    Alasan yang diberikan adalah, kerajaan memerlukan wang yang banyak untuk melangsaikan hutang negara dan kos kenaikan berkenaan dibimbangi bakal menyebabkan ketidak seimbangan kantung kerajaan.

    Pada masa yang sama, semua projek mega mungkin akan digugurkan atau dihentikan samada untuk sesuatu tempoh yang akan diberitahu kemudian atau untuk selama-lamanya. Malah, ada diantara projek akan mengalami rundingan semula mengenai kos yang terpaksa di bayar kerajaan hari ini.

    Sebelum ini, seramai 17 ribu orang pekerja berstatus kontrak telah ditamatkan kontrak mereka serta merta. Namun menerusi mesyuarat kabinet sebentar tadi, mana-mana pekerja yang diserap masuk menerusi lantikan politik dan yang bergaji rendah akan diberi perhatian sewajarnya oleh kerajaan dan ada diantara mereka akan digugurkan dari jawatan masing-masing

    Mungkin ini adalah berita yang mengecewakan bagi penduduk luar bandar terutamanya mereka yang menikmati kemudahan dan gaji bulanan menerusi Jawatankuasa Kampung JKKP. Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggugurkan mereka dari jawatan yang mereka sandang hari ini dengan tiada bayaran ganti rugi dibuat.

    Bagi mengisi kekosongan ini, para penjawat awam akan mengambil alih tugas yang dikosongkan oleh Jawatankuasa Kampung JKKP. Dalam hal ini, para penghulu, ketua kampung dan para imam-imam akan terkesan secara langsung hasil daripada mesyuarat kabinet ini.

    Menyentuh mengenai GST pula, kerajaan mengambil keputusan untuk menamatkan perlaksanaan GST bermula 1 Jun 2018. Di beritakan, sebaik penamatan kutipan cukai ini, kerajaan akan memperkenalkan kutipan SST pula yang akan mengenakan caj sebanyak 10 peratus. Keputusan ini dianggap selari dengan apa yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semalam.

    Paling dinantikan adalah penetapan kadar harga minyak di pasaran tempatan. Kabinet hari ini telah memutuskan untuk mengekalkan harga pasaran minyak petrol sedia ada sehingga diberitahu kelak. Ini kerana, harga minyak pasaran dunia telah mencatatkan kenaikan sebanyak USD 70 dolar satu tong. Oleh yang demikian, kerajaan tidak boleh membuat sebarang keputusan penurunan harga minyak jika tidak bersandarkan kepada keadaan semasa minyak dunia.

    Inilah 9 perkara yang telah diputuskan oleh kerajaan menerusi mesyuarat kabinet yang dibuat tengah tadi. Banyak perkara yang telah dijanjikan semasa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu nampaknya tidak menjadi kenyataan selepas mesyuarat kabinet yang pertama ini.

    Mungkin, keadaan tidak mengizinkan untuk kerajaan membuat keputusan. Namun, rakyat masih menunggu kesemua 10 janji yang telah ditabur untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari ini dilaksanakan dengan jayanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akhirnya, Satu Persatu Bakal Hilang... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top