My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 May 2018

    Apa Dosa Logo 1 Malaysia Kepada Rakyat?



    Antara perkara yang diterapkan oleh pentadbiran sebelum ini adalah mengutamakan permuafakatan antara rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Bagi kerajaan BN, andai wujud sebuah masyarakat yang saling hormat menghormati, sebarang ketegangan antara kaum dapat diminimakan dan kesemua kaum di negara ini akan bernaung di bawah satu nama sahaja iaitu Malaysia.

    Oleh yang demikian,slogan 1 Malaysia diwujudkan bagi mendidik kesedaran rakyat di negara ini tentang pentingnya bersatu padu dibawah satu negara. Ianya bukanlah bersifat politik sebaliknya lebih kepada menyatu padukan kaum serta menampakkan kepada dunia luar bahawa kita merupakan rakyat Malaysia yang sejati.

    Namun, sebaik sahaja kerajaan baru Pakatan Harapan di bentuk, antara perkara awal yang dilakukan adalah menurunkan kesemua logo 1 Malaysia yang selama ini diterapkan di dalam sanubari rakyat Malaysia. Hampir semua logo berkenaan diturunkandari bangunan UTC mahupun RTC di seluruh negara. Persoalannya, apa signifikan penurunan logo ini?

    Jika ada yang memahami apa erti 1 Malaysia, sebenarnya ia tidak memberi apa-apa masalah dan kesan langsung kepada mana-mana pihak mahupun parti politik. Lihat sahaja bagaimana nama dan logo ini digunakan dalam semua infrastruktur milik kerajaan seperti Klinik Rakyat 1 Malaysia, Perumahan Rakyat 1 Malaysia, Kedai Rakyat 1 Malaysia dan banyak lagi.

    Dari nama "Rakyat 1 Malaysia" sendiri sudah menunjukkan bahawa hasrat murni kerajaan BN sebelum ini yang mahukan perpaduan erat terbentuk. Namun, ada beberapa pihak yang menganggap, istilah dan nama 1 Malaysia ini mungkin memberi ancaman jangka panjang kepada masa depan politik dan pentadbiran negara pada masa akan datang.

    Mungkin juga, pada perkiraan mereka, istilah 1 Malaysia ini bakal membawa ingatan rakyat Malaysia terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib. Tetapi, andai dinilai semula slogan ini, ia adalah istilah mala segar yang boleh diguna pakai oleh mana-mana pemimpin samada dari BN mahupun Pakatan Harapan sendiri.

    Tidak ada salahnya mengekalkan nama 1 Malaysia kerana sejak dari merdeka lagi, kesemua pemimpin kita menekankan betapa pentingnya bersatu tanpa mengira kaum, Justeru, sukar untuk kita fahami, dari mana munculnya ancaman bahaya terhadap kerajaan tentang logo 1 Malaysia ini.

    Untuk berlaku adil, mungkin kerajaan hari ini mempunyai istilah yang jauh lebih berkesan dan menarik untuk memupuk perpaduan antara rakyat. Oleh yang demikian, segala imej yang menampakkan 1 Malaysia ini perlu dibuang terlebih dahulu sebelum perlaksanaan baru di buat.

    Apa yang penting hari ini, adalah kestabilan samada dari segi politik, ekonomi mahupun perpaduan antara kaum. Semua pihak hari ini cukup berminat untuk mengetahui dasar baru kerajaan dalam memastikan hubungan sesama kaum kekal erat terjalin tanpa ada sebarang masalah samada dari segi ekonomi, politik mahupun sosio budaya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Apa Dosa Logo 1 Malaysia Kepada Rakyat? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top