My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 16 May 2018

    Dah Kena Langgar Baru Nak Ceraikan...



    Seorang lelaki berhati mulia apabila sanggup bertahan selama 10 tahun dalam perkahwinan walaupun diseksa isteri dengan teruk sebelum menceraikannya selepas dilanggar kereta dipandu wanita terbabit. 

    Dalam kejadian awal tahun ini, pertengkaran antara pasangan itu tercetus ketika kereta dinaiki mereka berhenti di persimpangan lampu isyarat dekat rumah mereka di bandar Changzhou, wilayah Jiangsu, menyebabkan si suami keluar dari kereta.

    Bagaimanapun, kemarahan isteri tidak terhenti di situ apabila dia terus memecut kereta ke arah suaminya. Menurut laporan South China Morning Post, lelaki malang itu cuba mengelak namun terseret di bawah tayar hingga mengalami kecederaan teruk. Susulan kejadian itu, wanita terbabit dihadapkan ke mahkamah dan diberi hukuman penjara tertangguh selama 18 bulan.

    Sebelum ini, laporan menyebut wanita terbabit pernah menikam suaminya pada bahagian dada selain menghentak botol bir di kepala lelaki terbabit hingga menyebabkan mangsa kehilangan banyak darah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dah Kena Langgar Baru Nak Ceraikan... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top