My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 11 May 2018

    SPAD Sedia Berkhidmat Di Bawah Kerajaan Baru



    Terlebih dahulu, sekalung tahniah buat Pakatan Harapan kerana berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang diadakan pada 9 Mei lalu. Ini adalah julung-julung kalinya Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum dan berjaya membentuk kerajaan.

    Dalam hal ini, SPAD sebagai salah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan sebelum ini sentiasa bersedia berkhidmat di bawah kerajaan baru ini. Tidak menjadi sebarang masalah buat SPAD kerana SPAD sejak dari dahulu lagi berkhidmat bukanlah berteraskan politik.

    Sebaliknya, SPAD adalah sebuah agensi bebas yang bertanggungjawab menyelenggara dan meastikan mutu perkhidmatan awam negara ini kekal berada pada tahap terbaik untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan pelancong luar.

    Sebagai sebuah agensi berteraskan kerajaan, komitmen SPAD terhadap tugas-tugas yang di beri sentiasa di beri keutamaan. Tidak timbul persoalan bolehkah SPAD bekerja di bawah kerajaan baru ini kerana pada jangkaan SPAD, apa yang dilakukan oleh SPAD ini juga adalah salah satu impian buat kerajaan baru ini.

    Ini sekaligus menepis segala tanggapan awal yang mendakwa, kemenangan Pakatan Harapan pada PRU 14 yang lalu tidak dapat diterima oleh SPAD dan mana-mana agensi yang lain. Kesetiaan SPAD pada kepimpinan hari ini kekal berada pada tahap terbaik.

    Sekali lagi, tahniah buat Pakatan Harapan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Sedia Berkhidmat Di Bawah Kerajaan Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top