Satu ketika sebelum ini, ramai yang menyambut baik pembinaan East Coast Rail Link (ECRL) yang akan menghubungkan Wakaf Baru, Tumpat Kelantan ke Peabuhan Klang yang memakan belanja sebanyak RM 55 bilion. Boleh dianggap, ianya projek berimpak tinggi yang akan memangkinkan pembangunan dan kelestarian ekonomi warga Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Namun begitu, masih ramai yang tertanya-tanya, apakah projek ini akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini? Ini kerana, antara manifesto yang dikemukakan Pakatan Harapan sebelum ini adalah untuk mengkaji semula sebarang projek besar yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Malah, sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ada memberitahu, projek mega seperti ECRL ini berkemungkinan besar akan di tamatkan begitu sahaja. Ini kerana, beliau menganggap, pembinaan ini akan menambah beban hutang negara disamping ianya dianggap kurang memberi impak positif dari sudut ekonomi.
Namun, disaat ramai yang tertanya-tanya, apakah nasib ECRL ini, menerusi pengumuman Tun Daim Zainuddin baru-baru ini, beliau mengumumkan, projek berkenaan akan diteruskan dengan kos keseluruhan pembinaan ini meningkat kepada RM 66 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM 11 bilion dari harga asal sebelum ini.
APa yang diperhatikan adalah, kerajaan hari ini amat wajar meneruskan pembinaan ECRL ini, Boleh dikatakan, seramai 4.43 juta orang akan menikmati kemudahan ini apabila siap kelak. Malah, ianya sekaligus memberi alternatif pengangkutan awam tambahan buat warga Pantai Timur di saat negara sedang menuju kearah sebuah negara maju menjelang 2020.
Mana mungkin pembangunan besar hanya terus dinikmati di Pantai Barat Semenanjung sahaja sedangkan Pantai Timur Semenanjung masih ketinggalan. Sememangnya, perlu ada kelestarian pembangunan supaya setiap seorang rakyat Malaysia menikmati perkembangan ekonomi yang berterusan.
0 comments:
Post a Comment