Seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila menumbuk kepala ibunya sehingga lebam sebelum cuba untuk menyembelih wanita itu dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Balat Tengah di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Marudi, Deputi Superintendan Gabriel Risut berkata, kejadian sekitar pukul 6 petang itu berlaku selepas suspek yang berusia 22 tahun tiba-tiba mengamuk sebelum mencederakan ibunya.
Menurutnya, lelaki itu tiba-tiba mengamuk tanpa sebab di rumahnya sebelum mendapatkan ibunya dan menampar serta menumbuk kepala wanita berusia 55 tahun itu.
0 comments:
Post a Comment