My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 May 2018

    Anggota Polis Subahat Dalam Kes Tembak Terselamat Dari Tali Gantung



    Seorang inspektor polis berusia 51 tahun yang digantung tugas terselamat daripada tali gantung hari ini selepas Mahkamah Persekutuan mengetepikan sabitannya daripada tuduhan bersubahat dalam kes menembak mati seorang tukang emas di Ipoh, Perak sembilan tahun lalu. 

    Panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif membebaskan dan melepaskan Mohd. Taufik Peter Abdullah selepas membenarkan rayuannya bagi mengetepikan hukuman mati dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bersalah melakukan jenayah tersebut.

    "Kami sebulat suara bersetuju dengan hujah bahawa pihak pendakwa telah gagal membuktikan bahawa perayu (Taufik) berada di tempat kejadian jenayah, justeru, tuduhan terhadapnya tidak dapat dibuktikan," kata Raus.

    Bersidang bersama beliau ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Balia Yusof Wahi, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Rohana Yusuf.

    Taufik yang digantung daripada tugas di Jabatan Narkotik Polis Negeri Perak pada mulanya menghadapi tuduhan membunuh tetapi pada akhir kes pendakwaan, ia dipinda kepada tuduhan di bawah Seksyen 3A Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anggota Polis Subahat Dalam Kes Tembak Terselamat Dari Tali Gantung Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top