My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 8 May 2018

    Dah Jadi Polis Pun Nak Menyamun



    EMPAT anggota polis ditahan di luar perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor, semalam, selepas disyaki terbabit menyamun peniaga runcit di Jalan Abadi 1/KU8, Klang, malam kelmarin. 

    Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, empat anggota berkenaan mengambil wang tunai berjumlah RM20,000 daripada mangsa selain turut membawa mangsa menuju ke IPD Shah Alam menggunakan kereta. Sumber polis berkata, mangsa yang juga warga Bangladesh turut digari dan dipaksa masuk ke dalam kereta dengan tujuan untuk mendapatkan wang tunai berjumlah RM30,000.

    "Peniaga berkenaan didatangi empat lelaki sebelum mengambil wang tunai RM20,000 selain turut menggari mangsa dan membawa warga Bangladesh itu menaiki Honda Civic. Mereka kemudiannya membawa mangsa menuju ke IPD Shah Alam. Difahamkan, mangsa dibawa kerana suspek mahu mendapatkan wang berjumlah RM30,000 daripadanya," katanya.

    Beliau berkata, susulan daripada kejadian itu, sepasukan polis Cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara membuat tangkapan terhadap empat lelaki di luar pagar perkarangan IPD Shah Alam.

    "Semua suspek berusia 22 hingga 44 tahun adalah anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Siasatan awal mendapati keempat-empat suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu. Turut dirampas untuk membantu siasatan wang tunai milik mangsa, dua kereta, telefon bimbit mangsa dan suspek, buku hutang, kad ATM, kad kuasa, sepucuk pistol serta satu gari," katanya. 

    Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor ketika dihubungi, di sini, semalam mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian dan menahan empat anggota berkenaan. Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 392/397 kanun keseksaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dah Jadi Polis Pun Nak Menyamun Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top