My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 May 2018

    Syarikat Pembinaan Kini Berdepan Ketidakpastian



    Syarikat pembinaan kini berdepan ketidakpastian mengenai pelaksanaan projek prasarana utama berikutan kekalahan mengejut Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

    Penganalisis berkata, semakan semula projek mega sebagaimana yang dijanjikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini menjadi kebimbangan utama bagi peserta industri terutamanya berkaitan dengan penambahan kontrak di masa depan.

    Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) menurunkan saranan sektor berkenaan kepada ‘neutral’ berikutan kebimbangan bahawa projek prasarana utama seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-SG) mungkin akan ditangguhkan.

    Penganalisis Maybank IB, Adrian Wong dan Wong Chew Hann dalam satu laporan berkata, perkara berkenaan berkemungkinan menjadi keutamaan semula kerajaan baru selepas ia menyemak semula kewangan negara.

    “Di bawah manifesto PH pada PRU14, satu daripada janjinya adalah untuk menyemak semula projek mega yang diberikan kepada syarikat asing.  Kami percaya, ECRL dan trek rel berkembar Gemas-Johor Bahru akan berada dalam senarai untuk semakan semula berikutan kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) diberikan kepada kontraktor China.

    “Projek HSR KL-SG juga boleh ditangguhkan kerana kerajaan baru menyemak semula projek utama di masa hadapan,” katanya di sini, semalam.

    Menurutnya, sebarang kelewatan dalam pemberian kontrak boleh memberi kesan kepada peluang penambahan kontrak bagi kontraktor seterusnya mengehadkan prospek pertumbuhan pendapatan. 

    Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keutamaan semula yang diberikan kepada projek mega berkenaan akan menyebabkan penjimatan besar dalam kewangan kerajaan.

    “Langkah seumpama itu telah dilakukan pada tahun 1990-an apabila beberapa projek mega yang dirancang dan ia boleh mengimbangi kerugian pendapatan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST),” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Syarikat Pembinaan Kini Berdepan Ketidakpastian Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top