My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 28 May 2018

    Syabu RM71 Juta!



    JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 1.187 tan methamphethamine atau syabu bernilai RM71 juta di sebuah pasar raya di Seri Kembangan, Selangor, pada Selasa lalu. Ia sekali gus rampasan terbesar yang pernah dilakukan oleh jabatan berkenaan. 

    Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam berkata, sepasukan anggota yang menjalankan risikan menyerbu premis pada jam 7 malam sebelum menahan lima lelaki berusia 22 hingga 48 tahun. Beliau berkata, ketika itu, sebuah kontena baru tiba di situ.

    Katanya, pemeriksaan menemui 1,187 bungkusan berwarna kuning yang mana setiap satu seberat satu kilogram. "Pemeriksaan lanjut dalam bungkusan itu mendapati ia mengandungi methamphethamine.

    “Secara keseluruhan bahan larangan berkenaan seberat 1.187 tan yang bernilai lebih RM71 juta," katanya pada sidang media di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan Tengah, di Nilai, hari ini.

    Beliau berkata, operasi dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman turut merampas 750 gram heroin bernilai RM120,000.

    Mengulas lanjut, Subromaniam berkata, hasil soal siasat ke atas suspek membawa penahanan pengarah syarikat pasar raya itu iaitu seorang wanita berusia 31 tahun di Cheras, Selangor pada hari yang sama.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Syabu RM71 Juta! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top