My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 25 May 2018

    Dulu Kata Gadai Kepada China, Sekarang Macam Mana?



    Bagi sesebuah negara, faktor pelaburan asing amatlah penting dalam menjana ekonomi sesebuah negara. Malah, pelaburan asing juga dilihat mampu untuk membangunkan pelbagai infrastruktur yang akan dinikmati oleh seluruh rakyat. Oleh yang demikian, Malaysia sentiasa membuka pintunya kepada pelabur asing untuk melabur kedalam negara. 

    Pada penggal yang lalu, kerajaan BN sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing terutamanya dari negara-negara kuasa ekonomi seperti Amerika Syarikat mahupun China. Bagi kerajaan BN, pelaburan asing ini dilihat penting dalam melonjakkan ekonomi negara disamping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

    Namun, bagi Pakatan Harapan, sepanjang penggal lalu, mereka kerap menyatakan bahawa sebarang pelaburan yang dibawa masuk terutamanya dari China adalah tindakan menggadaikan aset negara kepada negara asing. Kerap kali kita mendengar yang Malaysia sudah dijajah oleh China berikutan pelaburan besar yang dibuat oleh negara Tembok Besar berkenaan.

    Lihat sahaja contoh bagaimana mereka mendakwa, kerajaan BN menerusi 1MDB telah menjual aset negara di Sungai Besi yang dahulunya mempunyai sebuah kem tentera udara di sana. Walhal, aset berkenaan kekal milik negara kerana syarikat dari China berkenaan hanya membeli lebih kurang 30 peratus sahaja saham pembinaan Bandar Malaysia.

    Benar, mereka bertindak sebagai pemaju di tanah berkenaan namun, sebelum sebarang pembangunan Bandar Malaysia di lakukan, kem tentera udara yang kononnya didakwa telah dijual sebenarnya di pindahkan ke Sendayan. Setelah siap dibina, barulah pengambil alihan sepenuhnya tapak berkenaan dan pembinaan HSR dan Bandar Malaysia di lakukan.

    Hari ini, setelah mereka puas menjaja fitnah kononnya negara telah dijajah, kerajaan hari ini terpaksa menelan kahak mereka sendiri apabila turut mempelawa China untuk terus melabur ke Malaysia. 

    Berita ini tersebar apabila Duta Besar China ke Malaysia, Ban Tian dilaporkan berkata, China amat menghargai sokongan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap inisiatif “Belt and Road” dan sekaligus mengalu-alukan sebarang pelaburan baru dari China.

    Agak menghairankkan, bukankah selama ini mereka mendakwa Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan BN sedang giat menjual pelbagai aset negara kepada China kononnya untuk membayar hutang 1MDB? Sekarang, kerajaan sendiri menjemput pelabur China datang ke Malaysia untuk melabur. Adakah kerajaan mahu menjual negara kepada China seperti yang mereka dakwa sebelum ini? 

    Malah, memetik laporan yang diterbitkan oleh Malaysia Kini, Tun Dr Mahathir juga dalam kenyataannya menzahirkan penghargaannya terhadap China yang disifatkan beliau sebagai rakan pembangunan penting Malaysia. Malah, beliau turut mengalu-alukan sebarang pelaburan baru dari negara China untuk terus membangunkan ekonomi negara.

    Nampaknya, setelah 15 hari mengambil alih tampuk pemerintahan, dakwaan kerajaan BN dahulu yang mahu menjual negara kepada China turut lenyap begitu sahaja. Kini, Pakatan Harapan sendiri sedar bahawa pelaburan skala besar yang dibawa oleh China amat penting buat negara, tidak seperti dakwaan mereka sebelum ini.

    Nampaknya, aset Malaysia akan terus kekal “di jual” kepada China jika menurut logik mereka sepanjang 5 tahun yang lalu. Tidak mustahil juga, kita akan bertukar menjadi Republik Rakyat Malaysia jika “penjualan” seperti ini kekal diamalkan, jika bersandarkan kepada logik Pakatan Harapan sebelum membentuk sebuah kerajaan hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dulu Kata Gadai Kepada China, Sekarang Macam Mana? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top