My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 November 2016

    Acara "Penyembelihan" Umat Islam Telah Bermula

    Peringatan : Imej yang dipaparkan mungkin akan sedikit mengganggu emosi...



    Saban tahun, apabila memasuki bulan Oktober, kita akan disajikan dengan pelbagai insiden pembantaian umat Islam di seluruh dunia. Paling ketara untuk dilihat, di Asia Barat di mana insan-insan tidak berdosa, pasti akan menjadi mangsa kekejaman perperangan yang tidak sepatutnya berlaku.

    Boleh dikatakan, menjelang hujung tahun, ianya seperti satu pesta darah buat mereka yang begitu hauskan darah umat Islam. Berikut merupakan beberapa detik peristiwa berdarah yang sedang dan mungkin akan berlaku sehingga penghujung Januari 2017 nanti.


    Penyembelihan umat Islam Rohingya di Myanmar

    Memperkatakan tentang isu ini, ianya sebenarnya satu tragedi hitam buat etnik Rohingya di Myanmar. Dengan hampir kesemua etnik ini mendiami Sittwe dan Rakhine, kehidupan mereka seperti satu kaum yang tidak mempunyai daerah dan negara ini. Malah, pemerintahan junta tentera sebelum ini langsung tidak mengiktiraf kewujudan etnik Rohingya di bumi Myanmar.

    Lebih menyedihkan, Bangladesh tidak mampu menampung kebanjiran pelarian etnik ini. Di Cox Bazar, Bangladesh, lokasi ini sudah terlalu padat untuk menerima lagi kehadiran para pelarian. Diangagrkan, lebih 300 ribu orang sudah membanjiri Bangladesh, sebuah negara yang bukannya mempunyai kemampuan dari segi ekonomi.

    Penghujung Oktober lalu, dunia sekali lagi melihat pembantaian ganas kaum ini oleh beberapa etnik yang majoritinya beragama Budha. Menurut laporan, banyak bayi-bayi yang masih menyusu di sembelih dan dihumban kedalam api yang membakar rumah-rumah ibu bapa mereka. Alasannya, untuk memarakkan api dan menghapus semua baka baru etnik Rohingya di bumi Myanmar.

    Lebih menyedihkan, hampir kesemua kaum wanita muda dan isteri-isteri orang, turut dirogol bergilir-gilir oleh pengganas termasuklah sami-sami Budha yang seolah-olah dirasuk. Selepas dirogol, mereka akan dibunuh samada dengan memenggal, menyula atau memotong payudara mereka.

    Tidak cukup dengan itu, mereka yang cuba menyeberang sungaii yang menjadi pemisah antara Bangladesh dan Myanmar juga turut dibunuh. Mereka yang berjaya menyeberang pula terpaksa diusir oleh tentera Bangladesh untuk pulang ke Myanmar sebelum kesemua mereka ini menemui ajal dihujung senapang.

    Apa tindakan dunia dalam kes ini? Boleh dikatakan, langsung tiada. Malah harapan yang diletakkan di bahu Aung San Suu Kyi bagi menyelesaikan penghapusan etnik ini juga menemui jalan buntu. Maka, tinggallah imej-imej penyembelihan umat Islam di bumi Rakhine untuk dijadikan tatapan dunia sebelum gambar berkenaan diambil sebagai foto terbaik dunia tahun hadapan.





    Hanya runtuhan menghiasi bandar ilmu Aleppo

    Satu ketika dahulu, Aleppo dikenali sebagai pusat ilmu di Syria. Bandar ini sebenarnya lambang kepada kemajuan negara Syria yang mana kebanyakan penghuninya adalah pengamal ajaran Sunni. Namun, konflik berdarah akibat Arab Spring yang melanda Asia Barat telah menjerumuskan Syria ke dalam lembah perang saudara yang sudah memasuki tahun ke lima.

    Sebelum ini, perang saudara di Syria dilihat mungkin sudah menemui titik penamatnya. Namun, sebaik sahaja puak pemisah FSA melancaran serangan keatas tentera yang setia dengan Presiden Basyar Al Assad, akibatnya bukan sedikit. Ianya telah mengundang kemaraan Rusia di bumi Ambiya ini dan sekaligus menarik perhatian Amerika dan sekutunya, Israel.

    Maka berlangsunglah semula perang antara dua proksi iaitu pro Rusia dan Pro Amerika dengan Amerika membekalkan senjata kepada puak pemisah dan Rusia melindungi kesemua kepentingan Presiden Basyar. Kenapa Aleppo? Kerana Aleppo merupakan kubu kuat puak pemisah FSA di Syria dan menariknya, Amerika menjadikan alasan Daesh sebagai umpan untuk mereka masuk campur.

    Sejak dari awal Oktober yang lalu, Aleppo begitu hebat diserang sehinggakan kota yang pada satu ketika dahulu cukup indah, kini seumpama negara dunia. Dianggarkan, 100 ribu awam orang maut akibat pengeboman berterusan dari kedua-dua belah pihak dimana lebih 200 ribu lagi masih terperangkap dalam zon perang yang tidak tahu bila akan tamatnya.

    Lebih menyedihkan, di Aleppo, boleh dikatakan, bekalan makanan semakin hampir terputus malah untuk mendapatkan bekalan air bersih juga amat sukar di Aleppo. Ini belum lagi mengambil kira kesukaran untuk menyediakan tempat pemanas badan menjelang musim sejuk yang akan datang. Lebih teruk lagi, langsung tiada walau satupun hospital yang masih boleh beroperasi di Aleppo.

    Apa tindakan dunia? Bauk Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu dan semua kuasa-kuasa besar, mereka hanya mampu mengutuk tanpa sebarang usaha mendamaikan keadaan. Amerika masih kekal dengan egonya manakala Rusia kekal dengan prinsip kebangkitannya. Jadi tinggallah rakyat Syria di Aleppo dalam keadaan tersepit yang hanya menunggu, bilakah mereka pula akan di bom samada oleh FSA, Amerika, Rusia mahupun tentera pro Presiden Basyar.



    Palestin hanya menunggu masa untuk di bantai lagi

    Jika anda mengikuti sejarah intifada dan pembantaian Israel terhadap Palestin, anda mungkin sudah boleh mengagak, apa yang akan berlaku pada bulan Disember ini. Sejarah sudah membuktikan bawa menjelang bulan Disember, tentera Yahudi ini akan mula kehausan darah umat Islam di Palestin.

    Dengan menggunakan alasan bodoh kononnya tentera mereka diserang dengan batu, Israel pasti akan menyiapkan beribu-ribu tentera, lengkap dengan kereta perisai, deretan jet-jet dan senjata-senjata berat untuk memerangi penduduk Palestin yang majoritinya menggunakan batu, senjata ringan dan pisau.

    Sepanjang 10 tahun kebelakangan ini, kita akan melihat, Israel akan melancarkan serangannya keatas Palestin, Lubnan dan beberapa lokasi disekitar Palestin. Serangan mereka pasti akan berlangsung kira-kira sebulan sebelum drama ini kononnya akan berjaya ditamatkan dengan campurtangan Presiden Amerika yang sekian lama menjadi patung mainan buat Israel.

    Jika mengambil kira keadaan semasa sekarang, tidak mustahil Israel akan mengambil kesempatan untuk menyerang sekali lagi Palestin disaat tumpuan dunia terarah kepada apa yang berlaku di Rakhine, Myanmar, Aleppo, Syria dan beberapa lagi zon konflik.

    Sekali lagi dunia akan menyaksikan bagaimana kira-kira 1.8 juta penduduk Palestin berjuang mempertahankan diri disebalik kepungan berterusan Israel terhadap negara berkenaan. Hitunglah dalam masa tiga minggu hingga sebulan, Amerika akan tampil dengan menghantar duta keamanannya di Israel bagi merundingkan pendamaian antara Israel dan Palestin.

    Itupun setelah puluhan ribu nyawa melayang dengan pelbagai syarat baru ditampilkan hanya untuk memastikan rakyat Palestin dapat terus bernafas untuk setahun lagi.

    * Nota - Lihatlah sekeliling kita. Kita masih bebas untuk bergerak kemana sahaja kita mahu tanpa perlu bimbang akan disembelih atau di bom. Kita masih mampu hidup dalam keadaan aman tanpa perlu mengharungi detik getir di Rakhine, Aleppo mahupun di Gaza.

    Justeru, kenapa mesti wujud perpecahan hanya disebabkan masalah idealogi politik? Kenapa perlu bergaduh hanya disebabkan politik dan mencipta pelbagai sandiwara kononnya rakyat tertekan akibat kenaikan harga barang sedangkan majoritinya mempunyai berat tahap obesiti?

    Mahukah kita hidup seperti umat Islam di Rakhine, Aleppo, Jurusalam, Gaza, Mosul, Baghdad, Tunis dan banyak lagi negara Islam yang sudah menemui titik kehancurannya? Kenapa kita tidak mahu mengambil pengajaran dari kehancuran semua kerajaan Islam yang ada pada hari ini?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Acara "Penyembelihan" Umat Islam Telah Bermula Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top