Berikutan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang akan mengubah status Perkasa dari sebuah NGO kepada parti politik untuk membolehkan beliau membawa Perkasa bertanding pada PRU ke 14 nanti, reaksi balas yang ditunjukkan oleh Tun Dr Mahathir, sudah boleh dijangka.
Semalam, Mahathir dalam satu kenyataan, berang dengan keinginan Ibrahim Ali untuk membawa Perkasa bertanding pada PRU 14 nanti. Beliau dilaporkan berkata, Ibrahim Ali dan ahli Perkasa sepatutnya menyertai Parti Pribumi Bersatu, bukannya berhasrat meletakkan calon di 50 kerusi Parlimen seperti yang dilaporkan.

Persoalannya, kenapa perlu Mahathir melatah dengan hasrat Ibrahim Ali yang juga merupakan sahabat rapat beliau? Bukankah Mahathir sendiri menyatakan bahawa sistem demokrasi negara perlu disuburkan dengan pertandingan sihat dan terbuka? Justeru dimana salah Ibrahim Ali untuk membawa Perkasa bertanding pada PRU 14 nanti?
Tidak pernah dalam sejarah mana-mana negara di dunia ini melarang mana-mana pihak untuk bertanding dalam satu-satu pilihan raya. Keputusan berkenaan adalah dari pucuk kepimpinan mana-mana parti sebagai tanda sistem demokrasi itu subur. Namun lain pula halnya dengan Mahathir.

Inikah yang dinamakan oleh Mahathir dan pengikutnya sebagai kematangan politik? Sistem demokrasi telah membenarkan mana-mana pihak untuk bertanding dan paling utama, sistem politik negara bukan berkiblatkan kepada Mahathir semata-mata sampai sanggup menidakkan hak Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bertanding.
0 comments:
Post a Comment