Sebenarnya, ramai yang tidak ambil pusing bajet yang dibentangkan oleh Lim Guan Eng untuk negeri Pulau Pinang, baru-baru ini. Ini kerana, ramai sudah tahu bahawa Guan Eng hanya akan menyampaikan ucapan bajet yang penuh penipuan dan retorik sedangkan kebanyakan bajet, hanya akan masuk ke kocek kepimpinan negeri semata-mata.
Disebabkan reaksi negatif yang ditunjukkan oleh media terhadap pembentangan bajetnya, semalam, Lim Guan Eng melahirkan perasaan tidak puas hatinya terhadap laporan bajet negeri yang dilaporkan oleh kebanyakan media.
Dalam satu kenyataan semasa sidang akhbar di Komtar semalam, Guan Eng menyatakan kekecewaannya apabila mendakwa media tak adil didalam melaporkan Bajet negeri Pulau Pinang. Guan Eng juga 'menyerang' Sin Chew Daily yang dituduh semakin pro kerajaan kerana gagal melaporkan peruntukan banjir kilat yang diberikan oleh kerajaan DAP negeri.
Sambil menyifatkan bahawa media tidak adil didalam melaporkan bajet yang dibentangkannya, Guan Eng juga mendakwa Sin Chew sudah tidak lagi berminat untuk melaporkan urusan kerajaan negeri. Didalam kenyataanya, Setiausaha Agung DAP tersebut juga menempelak beberapa akhbar harian yang tidak langsung mahu melaporkan mengenai pengumuman bajet Pulau Pinang.
Beliau mempertikaikan mengapa bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri lebih diberi perhatian tetapi bajet yang dibawa olehnya langsung tidak dipandang oleh media. Guan Eng juga menjelaskan bahawa dia mengiktiraf hak media untuk membuat apa pun liputan untuk rakyat, tetapi beliau kecewa apabila kenyataannya didalam bajet Pulau Pinang dipinggirkan.
Selain dari isu bajet Pulau Pinang, Guan Eng turut mempertikaikan mengapa laporannya mengenai penjualan saham di Pulau Jerejak tidak diterbitkan oleh akhbar khususnya Sin Chew. Guan Eng juga mendakwa beliau kecewa kerana beberapa akhbar termasuk Sin Chew kini telah menjadi seperti media Barisan Nasional seperti The Star, The News Straits Times dan juga Berita Harian.
Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengamalkan sikap pilih kasih kepada media yang membuat liputan program kerajaan khususnya di sidang media beliau. Media-media mainstream seperti TV1, TV3, Utusan dan Berita Harian diharamkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang dari membuat liputan di dalam acara kerajaan DAP negeri.
Semalam, Guan Eng seperti rasa dipinggirkan apabila tidak banyak media memberi tumpuan kepada apa yang diumumkan olehnya. Secara sinisnya, mungkin Guan Eng merasakan beliau tidak lagi diberi publisiti seperti kebiasaanya sehinggakan beliau rasa, dirinya kian dipinggir sehingga mengeluarkan kenyataan seperti merajuk.
Mungkin Guan Eng terlupa, media sebelum ini telah memberikan tumpuan hebat kepada banjir yang berlaku di Pulau Pinang serta reaksi kerajaan negeri dalam menguruskan bencana berkenaan. Malaysia bukan hanya ada Pulau Pinang semata-mata untuk diberikan tumpuan. Banyak lagi isu nasional serta usaha baik kerajaan yang harus diberikan tumpuan berbanding menumpukan perhatian kepada kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinannya.
0 comments:
Post a Comment