Penganjuran BERSIH 5 kali ini memperlihatkan ratio kehadiran peserta lebih banyak dikuasai oleh kaum Cina berbanding kaum Melayu. Dianggarkan kira-kira 65 peratus adalah terdiri daripada kaum Cina. Dianggarkan kira-kira 28 peratus terdiri daripada kaum Melayu manakal selebihnya terdiri daripada kaum India.
Ketika tinjauan dilakukan di beberapa lokasi termasuklah di Padang Merbuk, lokasi dimana Gerakan Baju Merah berhimpun mendapati, rata-rata hadirin yang hadir adalah kaum Cina di mana kaum Melayu menguasai jumlah peserta Gerakan Baju Merah.
Apa yang menyedihkan, masih ada lagi kaum Melayu yang masih belum sedar agenda tersembunyi disebalik penganjuran BERSIH 5 kali ini. Bukan mahu membicarakan soal rasis, namun apa yang berlaku, para pemimpin minoriti lebih menguasai perhimpunan dengan ada kaum Melayu sendiri memperolokkan pemimpin yang terdiri daripada kaum dan saudara seagama.
Mereka tanpa segan silu memperlekehkan pemimpin kaum Melayu dengan mengiyakan segala tuduhan daripada mereka yang bukan beragama Islam dan kaum Melayu. Lebih melucukan, segala tohmahan yang dilemparkan lebih kepada menuduh tanpa bukti tanpa mengemukakan apa jua bukti bagi menyokong hujah mereka.
Mungkin juga anta penyumbang kepada peratusan kehadiran kaum Melayu pada BERSIH kali ini kerana PAS memilih untuk tidak menyertainya. Justeru, mudah diagak bahawa kehadiran peserta dari kaum Melayu adalah datang dari PKR dan DAP yang sememangnya tidak akan menerima apa jua penerangan dan bukti, sebaliknya, lebih mempercayai fitnah.
Dalam himpunan BERSIH kali ini juga menampakkan bahawa, suara kaum Melayu dalam komuniti BERSIH ini sudah ditenggelamkan oleh kaum Cina yang menguasai sebilangan besar peserta perhimpinan BERSIH 5 kali ini.
Justeru, apa lagi yang mahu dibuktikan oleh BERSIH 5? Sudah terang lagi nyata bahawa BERSIH merupakan agenda tersembunyi DAP yang hanya berniat mahu menyaksikan kerajaan yang ada pada hari ini dijatuhkan dengan cara buka melalui demokrasi. Lebih malang lagi, suara 28 peratus kaum Melayu hanya digunakan untuk mencapai cita-cita jijik ini.
0 comments:
Post a Comment