My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 20 November 2016

    Melayu Bakal Terpinggir Apabila Pakatan Harapan Berkuasa




    Berakhirnya perhimpunan haram BERSIH 5 semalam melambangkan betapa kuasa politik Melayu semakin hari semakin dihakis oleh penguasaan politik pembangkang, terutamanya milik kaum Cina menerusi DAP. Semalam mencatatakan kehadiran 80 peratus daripada kaum Cina dengan hanya 17 peratus terdiri dari kaum Melayu dengan 3 peratus lagi terdiri dari lain-lain kaum.

    Berbanding himpunan BERSIH 1 hingga 4 sebelum ini, kesedaran kaum Melayu bahawa perhimpunan seperti ini hanya membuang masa dan sia-sia di serlahkan menerusi BERSIH 5 dan itulah yang menjadi penyumbang kepada kehadiran yang tinggi daripada kaum Cina berbanding sebelum ini.

    Menariknya, daripada 17 peratus kehadiran kaum Melayu, setengah daripadanya terdiri daripada anak muda antara 17 hingga 22 tahun yang amat mudah dilihat daripada penampilan dan tindakan agresif mereka.

    Melihat daripada kehadiran ini, bukan satu perkara mustahil andai Pakatan Harapan berkuasa kelak, politik kaum Melayu akan sedikit demi sedikit terhakis dan akan terpinggir dengan sendirinya. Lihat sahaja bagaimana komandan-komandan tertinggi BERSIH yang majoritinya terdiri dari kaum Cina dengan level rendah dan pengikut sahaja diserahkan kepada kaum Melayu.

    Bukan satu perkara yang menghairankan kerana Pakatan Harapan yang diketuai DAP sendiri memperjuangkan hak sama rata kaum yang disifatkan ramai pihak sebagai helah mereka yang bukan bumiputera mengurangkan penguasaan bumiputera di Malaysia hari ini.

    Juga bukan satu perkara yang mengejutkan andai satu hari nanti, kaum Melayu akan menjadi bangsa penumpang ditanah air sendiri andai melihat kepada penguasaan kaum Cina pada perhimpunan tahunan pembangkang ini,

    Masih mahu berbangga dengan himpunan songsang BERSIH ini? Jika mereka yang berakal dan cintakan keamanan, BERSIH bukan satu wadah yang boleh dibanggakan. Malah, BERSIH jauh lebih kotor berbanding pelbagai pengkhinatan yang dilakukan oleh pembangkang sepanjang mereka meraih kuasa pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Melayu Bakal Terpinggir Apabila Pakatan Harapan Berkuasa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top