My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 23 November 2016

    Lelaki Disyaki Cuba Curi Enjin Jentera Dicekup



    Seorang lelaki berjaya ditangkap selepas dikatakan cuba mencuri komponen enjin jentera berat di sebuah bengkel alat-alat pembinaan dan jentera di Batu Kitang di sini, kelmarin. 

    Menurut sumber, suspek berusia 21 tahun dan berasal dari Kampung Batu Kitang itu ditahan selepas dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan bengkel berkenaan sekitar jam 8 malam. Hasil pemerhatian oleh beberapa pekerja di bengkel berkenaan mendapati suspek cuba mencuri komponen enjin sebuah jentera berat menyebabkan mereka terus menahannya.

    “Difahamkan, suspek bertindak agresif semasa hendak ditahan, namun berjaya ditahan oleh orang awam yang kemudian menghubungi pihak polis untuk bantuan,” kata sumber.

    Suspek kemudian diserah kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh pemilik bengkel berkenaan. Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan semasa dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan suspek kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Disyaki Cuba Curi Enjin Jentera Dicekup Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top