Kejadian penghapusan etnik sebenarnya sudah lama berlaku di seluruh dunia. Dizaman moden ini, antara yang paliing diingati adalah kejadian Holocoust yang dilakukan oleh tentera Nazi Jerman yang telah melakukan pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.
Berpuluh-puluh tahun kemudian, Tentera Serb pula mengulangi kejadian mengerikan berkenaan di Bosnia Herzegovina, Croatia dan Kosovo sehingga hampir sejuta nyawa melayang akibat penghapusan etnik terburuk dalam sejarah moden hari ini.

Bagi hampir kesemua penduduk yang beragama Budha di Myanmar, mereka menganggap etnik Rohingya ini sebagai bangsa Benggali yang menuntut hak yang didakwa, bukan milik mereka. Walhal, etnik ini telah lama wujud di bumi Myanmar dimana Rakhine, Sittwe dan sekitar sempadan Myanmar-Bangladesh merupakan kawasa asal milik mereka sejak berabad lamanya.
Sejak 1960 an lagi, keganasan Junta Tentera Myamar dengan dibantu oleh pengganas sami Budha dan penduduk tempatan melakukan pelanggaran dan penghapusan etnik besar-besaran terhadap kaum Rohingya. Sekurang-kurangnya 3 kali serangan dahsyat dicatatkan di Rakhine yang memaksa lebih 300 ribu orang keluar dari Rakhine untuk menuju Bangladesh, Indonesia, Malaysia dan Thailand.
Ketika Presiden de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi berjaya membawa partinya memenangi pilihan raya umum terbuka yang pertama di Myanmar, harapan etnik Rohingya dan dunia terletak di bahu Suu Kyi. Bagi mereka, harapan untuk menemui pendamaian di daerah paling bergolak di Asia Tenggara ini, mungkin akan tercapai.
Namun, setelah setahun berlalu, pada penghujung Oktober lalu, Rakhine sekali lagi dijadikan pusat "penyembelihan manusia" paling aktif di dunia. Tiada angka yang tepat dilaporkan tentang mangsa yang menjadi korban pada kali ini kerana kesukaran pihak media untuk membawa keluar maklumat yang mereka perolehi dari zon konflik.

Menurut laporan pemerhati yang berpengkalan di Cox Bazar, Bangladesh, mereka menyaksikan sendiri bagaimana pembantaian yang tidak henti-henti sehinggakan mereka pernah melihat, sungai yang mengalir di di sempadan Rakhine-Bangladesh, bertukar menjadi warna merah akibat darah penduduk Rohingya yang dibunuh setiap masa.
Persoalannya, berapa lama dunia hanya mampu melihat pembunuhan demi pembunuhan, perogolan, penyembelihan dan pembakaran kediaman penduduk Rohingya terus berlaku? Sebelum ini, dunia pernah memulaukan Myanmar akibat kekejaman junta tenteranya yang tidak berperikemanusiaan. Kenapa tidak perkara yang sama dilakukan sekali lagi?
Bukankah PBB mempunyai hak untuk menghalang kejadian seumpama ini? Dimanakah kuasa ASEAN dalam menangani kejadian seumpama ini? Paling utama, apakah nasib etnik Rohingya dan sehingga bila mereka akhirnya diberikan hak sebagai manusia di tanahair mereka sendiri?
Bagi Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib pernah memainkan peranan dalam meredakan ketegangan antara kerajaan Thailand dan puak pemisah Selatan Thai. Malah, beliau juga memainkan peranan yang besar mendamaikan puak pemisah Selatan Filipina dan kerajaan bekas Presiden negara berkenaan, Benigno Aquino.

Cukuplah kita mendengar rintihan dari Rakhine sehinggakan kita sebagai saudara seagama sendiri merasa terlalu geram dengan pembantaian berterusan pengganas Budha dan tentera Myanmar. Samada tindakan dari diplomatik mahupun rundingan penyelesaian, semuanya harus dilakukan bagi meredakan keadaan yang cukup meruncing di Myanmar.
0 comments:
Post a Comment