Sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sentiasa menanamkan sentimen kebencian kepada rakyat terutamanya orang Melayu terhadap DAP. Sepanjang pentadbirannya, pelbagai kata nista dilemparkan beliau termasuk menyumbat Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kedalam penjara ataupun di bawah akta ISA.
Dalam hal ini, Mahathir boleh dianggap berjaya kerana sehingga tahun 2000, orang Melayu cukup jijik untuk menjulang bendera DAP apatah lagi mahu memasangnya di lama-laman rumah. Bagi mereka, DAP adalah sebuah parti yang memusuhi kaum Melayu sejak dari awal penubuhannya sehinggalah selama-lamanya.

Lebih menarik lagi, Mahathir dan bekas musuh ketat politiknya, Lim Kit Siang kini sudah boleh duduk semeja dan menghadiri majlis yang sama. Ianya seperti langsung tidak pernah ada apa-apa perseteruan antara mereka sehingga menyaksikan kedua-dua pemimpin vateran ini salin menyokong antara satu sama lain.
Sehingga kini, tidak diketahui samada Kit Siang mahupun Mahathir benar-benar ikhlas untuk kembali bersatu. Namun, daripada konvensyen DAP yang telah berakhir bulan lalu, timbul persoalan, adakah Mahathir benar-benaar diterima di dalam DAP? Adakah Mahathir mampu menundukkan Kit Siang atau beliau sendiri yang tunduk dan akur kepada kehendak DAP?

Malah, ada diantara perwakilan yang menuntut Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada DAP dengan apa yang telah beliau lakukan sebelum ini. Menariknya, kesemua suara tidak senang dan desakan ini, langsung tidak diulas oleh Kit Siang selaku Penasihat Agung dan Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP.
Mereka seolah-olah membenarkan apa yang telah diperkatakan oleh para perwakilan dan pada masa yang sama, mereka juga seperti bersependapat dengan para perwakilan yang mahu Mahathir memohon maaf kepada DAP. Persoalannya, sanggupkah Mahathir memohon maaf kepada DAP?

Bukan mahu menyatakan tanggapan Mahathir terhadap DAP itu salah, cuma, jika mengambil kira apa yang diperkatakan Mahathir, jelas sekali beliau kini sedang begitu lahap menjilat kembali ludahnya selama 22 tahun beliau berkuasa. Di mana maruah Mahathir dalam isu ini?
0 comments:
Post a Comment