Projek pembinaan jalan raya Gonipis-Tobobon telah diluluskan di bawah peruntukan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), kata Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Beliau berkata projek berkenaan kini dalam peringkat reka bentuk akhir dan dijangka akan dilaksanakan pada 2017 dengan tempoh pembinaan selama 24 bulan.

Joniston ingin tahu bila pembinaan jalan raya Gonipis-Tobobon yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pekan Kiulu itu dimulakan dan berapa lama ia dijangka siap.
Sementara itu, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ariffin Mohd Arif berkata kerajaan negeri melalui Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah memperkemaskan sistem tadbir urus wakaf, selain memperkasakan institusi wakaf sebagai entiti pembangunan sosioekonomi masyarakat.
Ariffin berkata wakaf dan Baitulmal dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Bandar Sabah, Jabatan Wakaf, Zakat dan Tabung Haji, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) telah mendirikan Bazar Rakyat di pekarangan Masjid Bandaraya, Likas, Pekan Kinabatangan, Masjid Lama Pekan Mambakut, Masjid Kampung Mawao FELDA Sahabat dan FELDA Umas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Seri Yahya Hussin yang turut mengambil bahagian dalam sesi soal jawab itu berkata Jabatan Pertanian telah melaksanakan beberapa program tanaman pertanian di daerah Tawau, termasuk Taman Kekal Pengeluaran Makanan, projek inkubator usahawan dan program komoditi tanaman melibatkan tanaman padi di Pulau Sebatik.
“Selain itu, Jabatan Pertanian juga menyediakan khidmat nasihat kepada kepakaran teknikal dalam aspek agronomi, pengurusan perosak, fisiologi dan pemakanan tumbuhan di daerah Tawau,” katanya ketika menjawab soalan Chan Foong Hin (DAP-Sri Tanjong) yang ingin tahu tentang usaha kementeriannya dalam menggalakkan aktiviti pertanian di Tawau.
0 comments:
Post a Comment