Dua pekerja terpaksa berpaut selama lapan jam pada buritan kapal pengangkut batu yang karam selama lapan jam sambil menahan kesejukan dan berdepan ombak besar serta angin kencang sebelum diselamatkan nelayan di Pulau Bruit di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, kapal pengangkut batu kelikir itu dilaporkan karam selepas dipukul ombak kuat dan angin kencang. Difahamkan, kapal tersebut memulakan perjalanan dari Kuching ke Sebuyau awal pagi kelmarin bagi mengambil batu untuk dihantar ke pulau berkenaan.
Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah, Sibu, Joseph Diea berkata, kapal pengangkut batu itu membawa enam awak-awak dan dilaporkan karam malam kelmarin sebelum pihaknya menerima laporan pagi semalam.
Beliau berkata, buat masa ini empat mangsa dilaporkan masih hilang iaitu kapten kapal, Pawi anak Nyawan berusia 50-an berasal dari Serian, Kamal, berumur dalam lingkungan 30-an yang berasal dari Debak bersama isterinya dikenali Mira dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Angga Wahyudi, 24.
0 comments:
Post a Comment