Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir dilihat cukup aktif cuba merosakkan UMNO, parti yang pernah beliau ketuai. Malah, beliau juga cukup hebat mengasak Barisan Nasional menerusi Pakatan Harapan sehingga mewujudkan keinginan untuk menyaksikan pertandingan 1 lawan 1 pada Pilihan Raya Umum yang ke 14 kelak.
Menariknya, setelah pelbagai usaha dilakukan Mahathir untuk menumbangkan UMNO, semalam, tiba pula giliran MCA pula diganggu Mahathir. Dalam satu kenyataan, Mahathir melabelkan DAP sebagai sebuah parti yang jauh lebih baik berbanding MCA dari segi perlembagaan parti.

Namun, sebaik sahaja menjalinkan hubungan erat dengan pembangkang menerusi PPBM, DAP dilihat sebagai sekutu rapatnya sehingga beliau melabelkan DAP jauh lebih baik berbanding MCA.
Tidak sukar untuk membaca permainan terbaharu Mahathir ini. Beliau sebenarnya cuba menyucikan imej DAP yang jelas terpalit isu perpecahan di kalangan rakyat Malaysia. Disamping itu juga, beliau cuba menarik kepercayaan kaum Melayu terhadap DAP asalkan ianya memberikan kelebihan dalam bentuk politik kepada beliau dan PPBM.
Justeru, setelah gagal menggoyahkan UMNO, MCA pula menjadi mangsa terbaharunya. Mungkin ada beberapa isu yang menimbulkan sedikit ketegangan antara MCA dan UMNO serta beberapa parti komponen yang lain. Namun sehingga kini, Barisan Nasional tidak dapat tidak masih memerlukan MCA untuk mengukuhkan gabungan 14 buah parti ini.

Tetapi, ia bukanlah petanda bahawa MCA merupakan parti yang tidak lagi diberi perhatian oleh banyak pihak terutamanya kaum Cina. MCA masih seperti dahulu yang menyokong apa jua keputusan yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan BN.
Ramai yang tidak tahu bahawa MCA sebenarnya dalam tempoh peralihan dan dalam fasa mengukuhkan semula parti dari dalam setelah berhadapan dengan pelbagai kemelut dalaman. Lebih memburukkan keadaan, DAP sentiasa menghasut kaum Cina untuk membenci kerajaan dan menolak sebarang usaha yang dilakukan oleh MCA.
MCA sendiri berhadapan dengan pelbagai masalah untuk mengembalikan semula keyakinan kaum Cina terhadap parti itu dan kerajaan. Ianya bukan perkara mudah dan ianya hanya mampu dilakukan oleh MCA dan Parti Gerakan sahaja, terutamanya dalam masalah bahasa, kebudayaan dan pemahaman kaum Cina terhadap banyak isu.

Justeru, mudah untuk disimpulkan bahawa, Mahathir sememangnya cuba mewujudkan perpecahan dalam parti itu dengan BN. Seperti yang ditegaskan diatas, walaupun terdapat perbezaan buadaya dan kaum, ianya bukan penyebab untuk MCA menangkis segala tuduhan liar Mahathir terhadap parti ini.
Juga menarik untuk ditanyakan kepada Mahathir, apa istimewanya DAP pada Mahathir sewaktu beliau masih berkuasa dahulu? Bukankah MCA yang telah banyak berkorban dan berjuang untuknya bagi membolehkan Mahathir kekal berkuasa selama 22 tahun?
0 comments:
Post a Comment