My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 November 2016

    SPR Syor Tambahan 13 DUN Baharu Di Sabah Dikekalkan




    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesyorkan tambahan 13 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dikekalkan, menjadikan jumlah keseluruhan 73 kerusi, kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. 

    Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan semua bantahan yang diterima dalam prosiding siasatan tempatan kali pertama yang dijalankan mulai 24 hingga 27 Okt lepas. Katanya berdasarkan siasatan tempatan kali pertama itu juga terdapat pindaan dan perubahan nama kepada satu bahagian Parlimen dan tiga bahagian DUN di Sabah.

    Sehubungan itu, katanya, SPR akan mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan Raya bagi Negeri Sabah selama sebulan bermula 22 Nov hingga 21 Dis ini bagi tujuan semakan dan bantahan.

    “Bilangan pemilih seramai 995,729 orang dalam Daftar Pemilih semasa yang telah diperakui oleh SPR dan diwartakan pada 13 Mei 2016 diguna pakai bagi maksud kajian semula persempadanan ini,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

    Mohd Hashim berkata orang ramai boleh menyemak notis dan maklumat berkaitan perkara itu di laman sesawang SPR www.spr.gov.my mulai tarikh tersebut. Menurutnya butiran syor yang dicadangkan berkaitan pindaan nama sedia ada bagi bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan dan negeri di Sabah yang terlibat dalam semakan semula itu akan disiarkan dalam notis tersebut. 

    Representasi terhadap syor yang dicadangkan boleh dikemukakan kepada SPR dalam tempoh tersebut oleh pihak-pihak yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) atau sekumpulan 100 orang atau lebih yang nama mereka ditunjukkan dalam daftar pemilih, katanya.

    Beliau berkata setiap representasi membantah syor-syor yang dicadangkan hendaklah dikemukakan secara bertulis dan dialamatkan kepada Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah. Pada 9 Ogos lepas, DUN Sabah meluluskan pindaan perlembagaan negeri itu bagi menambah 13 lagi kerusi DUN, daripada 60 kepada 73.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPR Syor Tambahan 13 DUN Baharu Di Sabah Dikekalkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top