My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 18 November 2016

    ‘Sultan Melaka’ Kena Dakwa



    Seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan memperdaya empat lelaki dengan menyamar sebagai ‘Sultan Melaka’, tiga tahun lalu. 

    Tertuduh, Noor Jan Tuah, 59, yang memakai kot biru gelap bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa mahkamah secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

    Mengikut pertuduhan, Noor Jan didakwa menyamar dan memperdaya empat individu iaitu Zaamat Md. Idris, 66, Mokhtar Md. Yusof, 57, Ahmad Zainudin Abd. Hamid, 64, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 35, untuk menganjurkan majlis istiadat penye­rahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan Noor Jan di A’Famosa Resort Melaka, Alor Gajah pada pukul 10 malam, 28 Disember 2013.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Sultan Melaka’ Kena Dakwa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top