My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 19 November 2016

    Polis Rampas 1.2kg Syabu



    Polis berjaya membongkar satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu di daerah ini dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam serbuan berasingan di sekitar Kota Kinabalu sejak 16 November lalu.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, penahanan kesemua suspek berusia antara 42 hingga 50 tahun itu turut membawa kepada rampasan seberat 1.2 kilogram syabu yang dianggarkan bernilai RM156,000.

    Katanya, tangkapan pertama dilakukan ke atas suspek berusia 50 tahun di kawasan Jesselton Point di sini pada Rabu lalu, kira-kira pukul 10 pagi. “Hasil pemeriksaan, polis menemui tujuh peket plastik lutsinar dipercayai mengandungi syabu seberat 351.47 gram yang diletakkan di tempat penyimpanan barang di bahagian belakang sebuah motosikal.

    “Soal siasat yang dijalankan ke atas suspek tersebut membawa pasukan menyerbu ke atas sebuah bilik di Api-Api Centre dan menemui 13 peket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 660.71g yang disembunyikan di dalam sebuah peti keselamatan.

    “Turut ditemui dalam serbuan itu ialah wang tunai berjumlah RM43,000,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Rampas 1.2kg Syabu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top