Belum pernah terjadi, seorang Ahli Parlimen pembangkang diserang diluar Dewan Rakyat sebelum ini. Namun semalam, sejarah baru tercipta apabila Ahli Parlimen PAN Shah Alam, Khalid Abdul Samad diserang oleh kira-kira 10 orang individu akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Khalid yang mencerca Ahli Parlimen Pasir Salah, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Parlimen.
Semuanya bermula apabila Datuk Seri Tajuddin secara berseloroh dengan Ahli Parlimen DAP Kepong, Teresa Kok mengenai kekuatan wanita berkenaan kerana hanya beliau sahaja mempunyai nama Kok pada namanya. Hal ini telah membangkitkan kemarahan Teresa yang menuntut Datuk Seri Tajuddin menarik balik kenyataannya di Parlimen.

Di sinilah titik tolak bagaimana Khalid akhirnya menerima bahananya. Hanya disebabkan mulut, beliau terpaksa menerima hentaman dan serangan daripada kira-kira 10 orang penyokong kuat Ahli Parlimen Pasir Salak berkenaan, termasuklah anak beliau sendiri.
Sebenarnya, ini adalah kes terbaharu bagaimana kebencian yang meluap-luap kepada Ahli Parlimen pembangkang yang secara jelas cukup tunduk dan takut dengan pengaruh DAP yang mengetuai Pakatan Harapan.

Mungkin sebelum ini, belum ada mana-mana pihak yang menyerang Ahli Parlimen di perkarangan Parlimen itu sendiri. Namun, andai kesabaran mereka terus diuji, apa yang disajikan di Parlimen awal pagi semalam, tidak mustahil akan berlaku sekali lagi jika mereka terus bersikap biadab samada di dalam mahupun di luar Parlimen.
Namun begitu, tindakan seumpama ini sepatutnya tidak berlaku dan tidak di sokong sama sekali. Benar, mereka bertindak biadab di dalam Parlimen, namun, sebagai pengamal politik matang, tindakan menyerang dan menumbuk Ahli Parlimen pembangkang, bukanlah amalan demokrasi sebenar di negara ini.

0 comments:
Post a Comment