My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 25 November 2016

    Er3, MPV Cekap Tenaga


    Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan model terbarunya iaitu Proton Ertiga, kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak dengan status kenderaan cekap tenaga (EEV) pertama di Malaysia. 

    Ia adalah model yang dihasilkan melalui kerjasama Proton dan Suzuki Motor Corporation Japan dan ditawarkan dalam dua varian iaitu Executive membabitkan transmisi manual (MT) dan automatik (AT) dan Executive Plus (AT).

    Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, syarikat menyasarkan jualan 1,500 unit Proton Ertiga sebulan dan 18,000 unit dalam tempoh setahun. Menurutnya, pelancaran Proton Ertiga adalah sebahagian daripada perancangan syarikat untuk mengukuhkan kembali jenama Proton.

    “Kami yakin ia akan diterima baik dalam pasaran meskipun berdepan dengan pesaing lain kerana harga ditawarkan adalah kompetitif,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Proton Ertiga di sini, semalam.

    Majlis pelancaran disempurnakan Pengerusi DRB-Hicom, Tan Sri Dr Mohd Khamil Jamil. Hadir sama adalah Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed.

    Model kereta keluarga itu boleh memuatkan enam tempat duduk dan dilengkapi enjin 1.4 VVT (pemasaan injap variabel) yang diperbuat daripada aluminium ringan bagi kedua-dua varian terbabit. Proton Ertiga juga memiliki suntikan kuasa multipoin (MPI) yang mampu menghasilkan penjimatan penggunaan bahan api pada 5.7 liter untuk setiap 100 kilometer bagi MT dan 6.0 liter/100 kilometer (AT).

    Proton Ertiga didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Ruby Red, Carnelian Brown, Cotton White dan Metal Grey pada harga di atas jalan bermula RM58,800 hingga RM67,300 dan ia boleh dipandu uji dan ditempah di semua cawangan Proton Edar di seluruh negara bermula semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Er3, MPV Cekap Tenaga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top