My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 November 2016

    APEC Jadi Medan Terakhir Obama



    Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengucapkan selamat tinggal kepada pentas dunia ketika menghadiri lawatan terakhir ke luar negara sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di sini kelmarin. 

    Obama turut menawarkan nasihat kepada penggantinya selain turut memberitahu mengenai rancangannya selepas melepaskan jawatan ketika beliau menghadiri persidangan itu. Beliau kelihatan jelas akan memberi keutamaan pertama kepada isterinya apabila menyatakan beliau akan membawa Michelle untuk bercuti.

    Malah, Obama turut berkata, beliau mahu berehat, meluangkan masa dengan anak-anak perempuannya dan menulis. Katanya, beliau tidak berhasrat untuk berke­cimpung semula dalam bidang politik dengan secepat mungkin.

    “Saya mahu menghormati pentadbiran ini dan memberi peluang kepada bakal presiden untuk melaksanakan tangungg­jawabnya,” katanya. Bagaimanapun, beliau dilihat tidak berhasrat untuk berundur daripada dunia politik secara ke­seluruhannya.

    “Sebagai warga AS yang mengambil berat tentang negara, jika terdapat sebarang cadangan atau pepe­rangan mengenai nilai dan impian kita dan sekiranya saya berasa perlu untuk mempertahankannya, maka saya akan mempertimbangkannya,” katanya.

    Pemilihan Obama sebagai Presiden AS dikatakan melakar sejarah apabila pilihan raya yang diadakan pada tahun 2008 buat pertama kali memilih ke­tua negara berkulit hitam. Beberapa pemimpin dunia turut mengucapkan selamat tinggal secara beremosi kepada Obama sebaik selesai persidangan berkenaan.

    “Ia merupakan kenangan yang hebat, namun menyedihkan apabila ini merupakan pertemuan kali terakhir kita,” kata Perdana Menteri Austra­lia, Malcolm Turnbull.

    Sementara itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau pula berkata, beliau akan merindui keha­diran Obama pada masa akan datang. Malah, Obama turut mengumumkan mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik masih berfungsi walaupun bakal Presiden baharu, Donald Trump semasa berkempen berjanji untuk membatalkannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APEC Jadi Medan Terakhir Obama Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top