Sehingga kini, masih ramai yang memperkatakan tentang rekasi keras yang dipamerkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berhubung perbentangan persendirian Rang Undang-Undang Syariah oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ramai yang menjangkakan bahawa apa yang diungkapkan oleh Presiden MCA dan Gerakan itu merupakan pendirian parti dan diri mereka sendiri sehingga ada yang mempolitikkan isu berkenaan. Malah lebih teruk lagi, sudah ada suara-suara yang mahu mengusir kedua-dua parti komponen berkenaan daripada Barisan Nasional.

Sudah pasti, selaku salah sebuah parti yang ada dalam kerajaan hari ini, mereka akan menumpahkan semua sokongan mereka terhadap apa yang dibentangkan sendiri oleh kerajaan. Selama ini, MCA tidak pernah bertindak menjadi petualang dalaman kerajaan dengan berkecuali atau membantah apa jua usul yang dibawa oleh kerajaan.
Harus di ingat, MCA kini berhadapan dengan cabaran paling besar sepanjang parti itu di tubuhkan. Cabarannya tidak lain dan tidak bukan adalah cara berpolitik DAP yang menghasut rakyat untuk membenci kerajaan, khususnya MCA. Bayangkan, andai MCA hanya bertindak seperti pak turut dalam kerajaan, sudah pasti usaha mereka mahu menarik perhatian kaum Cina menjadi sedikit sukar.

Fokus mereka sama seperti lain-lain parti komponen dalam Barisan Nasional, menentang dakyag jahat DAP yang senantiasa cuba menjadikan MCA sebagai mangsa politik kotor mereka. Andai MCA berjaya ditumbangkan, sudah pasti lain-lain parti komponen dalam Barisan Nasional juga akan turut terkena tempiasnya.
Itulah sebabnya kenapa MCA begitu berhati-hati dalam menyuarakan sokongan terhadap RUU kali ini. Apa yang mereka lakukan tidak lebih dari helah politik dan sudah pasti, mereka akan tetap menyokong dan bersama-sama Barisan Nasional dalam membentuk dan mengukuhkan kuasa di Malaysia.
0 comments:
Post a Comment