My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 May 2017

    Video : Salah Tempat Mahu Tunjuk Pailang David Teo




    Sudah kerap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dihina dan di provok oleh mereka yang langsung tidak mengenal erti hormat. Tindakan biadab mereka ini tidak terhad di dalam media sosial sahaja malah ianya turut dilakukan secara berhadapan jika mereka mempunyai peluang.

    Dalam sesi dialog TN50 yang dihadiri oleh para karyawan tanahair, tiada siapa menyangka bahawa akan berlaku insiden pergaduhan kecil di hadapan Perdana Menteri. Semuanya bermula apabila pemilik sebuah syarikat perfileman terkemuka tanahair, Metrowealth Pictures, David Teo secara tiba-tiba bangkit mempertikaikan cara Perdana Menteri menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan.

    Dalam situasi yang agak tegang berkenaan, moderator majlis, Datuk Rosyam Nor cuba untuk menenangkan David sebelum menyerahkan mikrofon untuk membolehkan David mengemukakan soalannya kepada Perdana Menteri.

    Namun, disebabkan perlakuan biadabnya sebelum itu, ianya telah menimbulkan kemarahan ramai pihak sebelum pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over menyerbu kearah David dan menampar penerbit berkenaan. Insiden berkenaan berlaku dihadapan Perdana Menteri dan hadirin yang hadir di Seri Perdana berkenaan.

    Lihat sahaja bagaimana biadabnya seorang ahli seumur hidup DAP ini terhadap Perdana Menteri. Jika sebelum ini semua pihak cuba bersabar dengan provokasi melampau dari mereka yang membenci kerajaan, namun malam ini, kesabaran berkenaan sudah sampai ke satu tahap yang tidak boleh dikawal lagi.

    Walaupun tindakan Mat Over ini boleh dianggap agak melampau, namun, sekalung tahniah diucapkan keatasnya kerana setidak-tidaknya, dia mempertahankan maruah Perdana Menteri dari terus dihina dan diprovok oleh seorang penerbit filem yang telah meraih kekayaan hasil daripada memerah keringat anak-anak Melayu yang berlakon dalam filemnya.

    Dalam perkembangan yang sama, ketegangan yang tercetus antara Mat Over dan David Teo akhirnya tamat setelah kedua-duanya dapat ditenteramkan dan berdamai ditepi pentas utama. Perdana Menteri dilihat cukup tenang menerima permohonan maaf dari kedua-dua individu berkenaan dan sikap tenangnya cukup dikagumi oleh para hadirin dan penonton yang menyaksikan insiden berkenaan.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : Salah Tempat Mahu Tunjuk Pailang David Teo Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top