My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 16 May 2017

    FGV Lebar Sayap


    FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) terus menerokai peluang membekal dan mengedarkan produk minyak sawit ke pasaran pertengahan dan hiliran di China apabila menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Sinograin Oils Corporation (Sinograin). 

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad berkata, China adalah pasaran minyak sawit mentah (MSM) ketiga terbesar kumpulan itu dengan kapasiti eksport 308,040 metrik tan pada 2016.

    Beliau berkata, Sinograin mempunyai akses kepada ‘soft oil’ (selain minyak sawit dan kelapa) seperti kacang soya dan rapeseed manakala FGV mempunyai akses kepada lebih tiga juta tan minyak sawit. 

    “Sinograin juga mempunyai fasiliti penyimpanan minyak boleh dimakan dan minyak bijirin, pemprosesan dan rangkaian pengedaran bertaraf dunia di China manakala FGV mempunyai fasiliti dalam pengeluaran, kilang, penapisan dan penyimpanan minyak sawit bertaraf dunia di Malaysia dan Indonesia.

    “Kami mahu mengembangkan perniagaan di China dan percaya FGV serta Sinograin akan memenuhi keperluan masing-masing,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), di sini, semalam.

    Menurutnya, menerusi MoU itu, pihaknya berharap untuk mengembangkan lagi rangkaian pengedaran dan logistik di China menerusi pelbagai fasiliti penyimpanan, pemprosesan dan pengedaran strategik Sinograin.

    Katanya, pihaknya turut menyasarkan peningkatan sekali ganda bagi eksport minyak sawit ke China menerusi MoU berkenaan. Beliau berkata, FGV juga berpeluang untuk mengintegrasikan anak syarikat sedia ada FGV China Oils Ltd (FGVCO) di Dongguan, Guangdong dengan operasi domestik Sinograin untuk mencipta nilai tambah dan penjimatan kos kepada kedua-dua pihak.

    “Kerjasama ini juga akan membolehkan FGV menerokai pengembangan bahagian hiliran dalam pembekalan, pemprosesan, pembungkusan dan pengedaran minyak dicampur, lelemak dan lelemak khusus bersama Sinograin,” katanya.

    Sinograin adalah anak syarikat milik penuh China Grain Reserves Corporation, organisasi milik kerajaan China khusus untuk mengoperasi dan menguruskan rizab bijian dan minyak serta mempunyai fungsi integrase untuk membeli, menyimpan, mengangkut, memproses dan mendagangkan.

    Sebagai pengguna minyak sawit ketiga terbesar dunia, China menggunakan 5.05 juta metrik tan minyak sawit pada 2016 berbanding hanya 2.02 juta metrik tan pada 2001. Jangkaan penggunaan minyak sawit akan terus meningkat dipacu oleh peningkatan populasi dan perubahan dalam gaya kehidupan yang menjurus ke arah permintaan terhadap minyak boleh dimakan yang lebih sihat.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: FGV Lebar Sayap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top