My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 24 May 2017

    Prestasi Positif



    Telekom Malaysia Berhad (TM) meletakkan sasaran untuk mencapai rekod perolehan mencecah RM3 bilion menjelang suku pertama 2018. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata, angka berkenaan dijangka dapat dicapai khususnya dengan rekod positif yang dicatatkan pada suku pertama 2017. 

    “Bagi suku pertama 2017, kumpulan mencatatkan perolehan sebanyak RM2.96 bilion, meningkat 3.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

    “Ia rekod tertinggi setakat ini dan kami yakin dapat mencapai perolehan RM3 bilion pada tahun depan dengan pelbagai penawaran produk khususnya berkaitan perkhidmatan Internet,” katanya selepas pengumuman prestasi kewangan TM bagi suku pertama 2017, di sini, semalam.

    Hadir sama Pengerusi TM Tan Sri Sulaiman Mahbob. Bagi suku pertama 2017, TM mencatatkan perolehan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan amortisasi (EBITDA) sebanyak RM949.6 juta manakala keuntungan selepas cukai dan kepentingan tanpa kawalan (PATAMI) sebanyak RM230.4 juta.

    Beliau berkata, TM juga kini menawarkan perkhidmatan konvergens yang holistik untuk isi rumah TM di mana produk mobiliti yang diperkenalkan tahun lalu mencatatkan perkembangan positif. 
    “Tahun lalu kami memperkenalkan webe yang kini mencatatkan kadar penembusan 4.2 peratus, berbanding dua peratus pada suku sebelum ini.

    “Malah, kami juga akan memperkenalkan webe prabayar menjelang suku ketiga tahun ini,” katanya. Menurutnya, selain memberi fokus kepada pelanggan sedia ada, TM juga akan mengalih perhatian kepada pelanggan berpotensi.

    “Mereka yang menggunakan perkhidmatan TM, namun bukan sebahagian pelanggan TM akan menjadi tumpuan kami dan usaha akan ditingkatkan bagi memastikan kumpulan ini akan menjadi sebahagian isi rumah TM,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Prestasi Positif Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top