My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 26 May 2017

    Pendekatan Lebih Holistik



    Industri perbankan tempatan perlu mengambil pendekatan lebih holistik dengan memberi keutamaan kepada penggunaan teknologi digital, khususnya teknologi kewangan (FinTech) untuk terus kekal kompetitif.

    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sejak lima dekad lalu, industri perbankan Malaysia dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang begitu baik biarpun berdepan pelbagai cabaran ekonomi dunia.

    Beliau berkata, industri perbankan tempatan dijangka terus mencapai momentum dan mampu menyesuaikan keadaan bagi menempuh Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0). “Jika dilihat, semua bank kini menawarkan perbankan Internet dan perbankan mudah alih, malah memanfaatkan kuasa teknologi untuk mendapat faedah ketara terutama dalam industri FinTech.

    “Dengan usaha yang berterusan, kita boleh berbangga apabila saiz pasaran kewangan negara merekodkan RM5.3 trilion iaitu 430 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan jumlah aset perbankan berjumlah RM2.4 trilion,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Perbankan Malaysia ke-21, di sini, semalam. Hadir sama, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Muhammad Ibrahim.

    Menurutnya, institusi perbankan juga perlu menimbangkan untuk menyediakan pelaburan langsung kepada syarikat pemula dan menjadi tuan rumah bagi program inkubator supaya dapat memupuk kepercayaan dan membina kerjasama saling menguntungkan.

    Selain itu, katanya, semua pihak juga perlu terus mencapai keseimbangan selari dalam mempromosikan teknologi digital bagi menggalakkan pertumbuhan dan pada masa sama mengurangkan risiko.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pendekatan Lebih Holistik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top