My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday, 21 May 2017

    Trump Tiba Di Arab Saudi



    Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengadakan kunjungan antarabangsa buat pertama kali di negara ini sejak mengambil alih pemerintahan AS pada Januari lalu. Kunjungan itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama dengan negara Islam bagi me­merangi isu keganasan dalam lawatan di sini selama dua hari. 

    Arab Saudi yang merupakan negara kelahiran agama Islam merupakan kunjungan pertama Trump sejak beliau mengambil alih White House. Beberapa pegawai Arab Saudi menyifatkan kunjungan Trump merupakan lawatan bersejarah selain bakal memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua negara berkenaan.

    Trump dan isterinya, Melania yang menaiki pesawat Air Force One disambut oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di sini semalam. “Saya berasa gembira berada di Riyadh, Arab Saudi,” kata Trump di Twitter.

    Dalam satu ucapan kelmarin, Trump berkata, beliau akan mewakili pandangan rakyat AS secara terus-terang dan jelas kepada Arab Saudi dan pemimpin lain yang dijangka bertemu dalam lawatan berkenaan.

    “Banyak pemimpin menyua­rakan kebimbangan mengenai pengganas, penyebaran fahaman radikal selain peranan Iran dalam kedua-dua isu itu. Kini, pemimpin Islam kelihatan telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab lebih besar dalam memerangi pengganas di negara mereka,” kata Trump. 

    Beliau berkata, AS tidak mungkin mampu menyelesaikan kesemua masalah dunia tetapi menegaskan komitmen dalam memerangi pengganas. Dalam lawatan itu beberapa perjanjian besar bakal ditandatangani termasuk rundingan pembelian persenjataan yang bernilai lebih 100 bilion dolar. 

    Selepas Arab Saudi, Trump bakal berkunjung ke Israel, Vatican serta menghadiri mesyua­rat dengan pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussel, Belgium dan Kumpulan Tujuh (G7) di Sicily, Itali.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Trump Tiba Di Arab Saudi Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top