Seorang ibu tidak menyangka bunyi tembakan dari salah satu bilik di rumahnya di Kampung Kakai di sini adalah berpunca daripada menantunya yang menembak mati isterinya petang semalam.
Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak pada leher dan kepala oleh suaminya yang merupakan pegawai polis berpangkat Inspektor di sebuah balai polis di Belaga, Miri.
Difahamkan, mangsa sedang hamil dua bulan selepas mereka mendirikan rumah tangga kira-kira setahun lalu. Ibu mangsa berusia 62 tahun yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terserempak dengan menantunya yang difahamkan baru tiba dari Kuching selepas menghadiri kursus.
“Tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan dari bilik mangsa dan bergegas melihat apa yang berlaku. Saya terkejut apabila melihat anak saya terbaring berlumuran darah akibat ditembak suaminya sendiri,” katanya ketika ditemui di Rumah Mayat Hospital Serian di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment