My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 May 2017

    Anwar Bukan Nelson Mandela



    Sejak lebih 18 tahun, nama Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali berkumandang untuk diletakkan sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi setiap kali pilihan raya umum. Ianya kelihatan seperti sudah tidak ada nama lain buat Pakatan Harapan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

    Mungkin bagi pihak pembangkang, hanya Anwarlah satu-satunya individu yang paling layak di julang sebagai Perdana Menteri. Ini selaras dengan impian Anwar sejak 1970 an lagi untuk memastikan dirinya menjadi Perdana Menteri samada menerusi UMNO mahupun pembangkang.

    Apa yang melucukan, sejak 2001 sehingga kini, pembangkang dilihat cuba menyamakan nasib Anwar dengan bekas Presiden pertama Afrika Selatan dari kulit hitam, Nelson Mandela. Alasan utama mereka adalah menyamakan nasib Anwar dan Mandela yang terpaksa merengkok di dalam penjara dengan alasan berjuang untuk rakyat.

    Persoalannya, layakkah Anwar dijulang sebegitu rupa? Seluruh dunia sedia maklum bahawa Nelson Mandela adalah seorang pejuang anti aparted. Semuanya bermula apabila Mandela membentuk Liga Pemuda Kongres Kebangsaan Afrika (ANC Youth League), di mana program kegiatannya telah ditetapkan oleh parti ANC pada tahun 1949.

    Dia telah menjelajah satu negara dalam mengobarkan semangat penentangan terhadap undang-undang aparteid. Pada tahun itu juga, Mandela bersama Oliver Tambo menubuhkan firma guaman kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan, dengan tujuan membantu kaum kulit hitam yang ditindas oleh undang-undang kejam kaum kulit putih.

    Pada 1960, Parti ANC diharamkan selepas pemberontakan di Sharpeville dan Mandela sebagai tokohnya ditangkap dan dipenjarakan pada tahun 1961. Namun semangat perjuangannya tidak padam begitu saja. Mandela masih meneruskan perjuangannya dan menjalankan aktiviti bawah tanah sambil memimpin organisasi menuntut kehidupan kebangsaan yang baru, bebas daripada pengaruh aparteid.

    Dua tahun kemudian, beliau ditahan dengan alasan meninggalkan negara secara haram dan mengobarkan semangat rakyat untuk bermogok. Beliau didakwa dan didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama lima tahun pada bulan November 1962. Sewaktu di penjara, dia didakwa dalam perbicaraan Rivonia , atas tuduhan melakukan sabotaj dan dipenjarakan seumur hidup.

    Perjuangan Mandela ini akhirnya menemui kejayaan pada 11 Februari 1990 apabila Mandela dibebaskan secara rasmi. Akibat tentangan hebat parti ANC dan tekanan antarabangsa, Presiden F.W. de Klerk terpaksa akur dan membebaskan semua tahanan politik termasuk Mandela dan juga mengakhirkan pengharaman parti ANC. Pada 10 Mei 1994, Nelson Mandela dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

    Itu sejarah ringkas perjuangan Mandela terhadap negaranya. Bagaimana pula dengan Anwar? Dia digugurkan dari jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 sebelum dia di dakwa atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya. Dia dijatuhi hukuman penjara akibat salah laku berkenaan kira-kira 3 tahun kemudian.

    Pada 2014, dia sekali lagi dijatuhi hukuman penjara 5 tahun penjara akibat kesalahan yang sama terhadap pembantu peribadinya. Malah, sebelum itu, Anwar juga di dapati cuba menjahanamkan kedaulatan negara dengan beberapa tindakan yang menjemput pihak asing mengganggu gugat kedaulatan negara seperti mana yang berlaku di Lahad Datu pada tahun 2013.

    Kisahnya tidak terhenti setakat itu apabila dia sekali lagi terperangkap dengan mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. Bukan itu sahaja, dia juga kerap kali cuba merosakkan pelbagai usaha kerajaan termasuk menghasut rakyat bangkit menentang kerajaan dan menjadi punca utama terhadap hilangnya sifat toleransi antara kaum di negara ini.

    Justeru, timbul persoalan, di manakah persamaannya antara Anwar dan Nelson Mandela? Perjuangan Nelson Mandela kekal tersemat di hati rakyat Afrika Selatan terutamanya mereka yang berkulit hitam. Bagi Anwar pula, perjuangannya hanyalah untuk kepentingan peribadinya sahaja dan meletakkan kehendak rakyat jauh dari keutamannya. Samakah Anwar dan Mandela?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Anwar Bukan Nelson Mandela Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top