My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 25 May 2017

    Malaysia ‘Tunduk’ Di Tangan Jepun



    SKUAD negara kempunan untuk menamatkan saingan peringkat Kumpulan 1C kejohanan badminton Piala Sudirman 2017 selaku juara kumpulan apabila tersungkur 2-3 di tangan Jepun semalam. 

    Beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang merupakan prospek mata negara gagal menepati jangkaan apabila tewas 21-18, 17-21, 16-21 kepada Takeshi Kimura-Keigo Sonoda, sekali gus menghadiahkan mata pertama buat Jepun.

    Selepas gagal menghadiahkan mata pertama negara, Wee Kiong menjelaskan mereka sudah melakukan yang terbaik pada perlawanan tersebut, namun nasib tidak menye­belahi bekas beregu No. 1 dunia itu.

    “Pertama sekali, saya fikir kami sudah lakukan yang terbaik pada perlawanan itu tetapi harus diakui mereka (Jepun) menampilkan aksi lebih baik. Kami menang set pertama, namun mereka mengubah taktik di set kedua.

    “Perubahan taktikal yang mereka lakukan menyebabkan saya banyak melakukan kesilapan mudah sehingga memberi peluang kepada mereka mendapatkan mata, sekali gus memenangi perlawanan,” kata Wee Kiong.

    Pemain berusia 28 tahun itu mengakui sangat kecewa kerana tidak dapat menyumbang mata pertama yang cukup penting buat negara dan dia bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada perlawanan seterusnya.

    “Amat mengecewakan apabila gagal menyumbang mata pertama buat negara kerana kami sudah melakukan apa yang terdaya tetapi nasib nyata tidak menyebelahi kita pada perlawanan hari ini (semalam),” ujarnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia ‘Tunduk’ Di Tangan Jepun Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top