My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 22 May 2017

    Malaysia Intai Piala Dunia 2019



    SKUAD Ragbi negara yang berjaya mempertahankan kejuaraan Divisyen 1 pada kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2017 kelmarin telah membuktikan bahawa mereka mempunyai kemampuan melangkah ke Piala Dunia 2019. 

    Meniti setiap liku perlawanan ketika beraksi dalam kategori Divisyen 2 sejak 2014, pasukan negara yang ketika itu sekadar berada di kedudukan ke-60 dunia tidak berputus asa malah terus melakar kejayaan pada tahun berikutnya.

    Persembahan luar biasa yang dipamerkan skuad yang mendapat jolokan Bunga Raya itu sepanjang musim ini, membuktikan bahawa mereka antara pasukan yang harus disegani di rantau ini. Mereka telah meraih pencapaian yang sangat membanggakan, sekali gus mengangkat reputasi sukan itu ke tahap yang lebih tinggi.

    Dengan kemenangan pada ARC 2017 kelmarin, ranking skuad negara turut berubah apabila meng­­huni tangga ke-47 dalam senarai World Rugby dan ia merupakan pencapai­an terbaik setakat ini. Ekoran kejayaan tersebut, sudah pasti skuad negara mahu melakar lebih banyak kecemerlangan dalam apa juga kejohanan peringkat antarabangsa yang bakal mereka hadapi selepas ini.

    Apa yang pasti, Ragbi Malaysia (MR) bakal melakukan perubahan bagi memantapkan lagi prestasi pasukan negara dalam misi memburu tempat beraksi pada Piala Dunia. Presiden MR, Datuk Shahrul Zaman berkata, kejayaan melangkah ke Liga Premier tahun depan merupakan sejarah baharu dalam sukan ragbi tanah air dan ia merupakan laluan terbaik beraksi di pentas dunia.

    “Kemenangan ini adalah satu sejarah buat sukan ragbi tanah air dan tahniah kepada pengurusan pasukan kerana berjaya membawa skuad negara layak ke Liga Premier 2018. Usaha keras barisan pemain yang beraksi pada kejohanan kali ini telah membuahkan hasil yang sangat membanggakan sehingga berjaya mengekalkan kejuaraan Divisyen 1.

    “Kejuaraan ARC kali ini bukan saingan yang mudah ini. Namun, saya akui perjalanan skuad negara baharu sahaja bermula. “Perjuangan kami belum selesai dan ini merupakan permulaan bagi skuad ragbi negara. Jadi, kami akan meneruskan perjuangan untuk melakukan persediaan lebih rapi sebelum saingan Liga Premier yang dijadualkan bermula pada Jun 2018 nanti,” kata Shahrul Zaman semalam.

    Selain itu, pasukan ragbi negara juga bakal memiliki stadium ragbi sendiri dalam masa terdekat ini selepas mendapat ‘lampu hijau’ daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Atas kemenangan pada ARC kali ini, skuad negara bakal menerima sumbangan RM100,000 daripada sebuah syarikat swasta sebagai ganjaran mempertahankan kejuaraan saingan Divisyen 1.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Malaysia Intai Piala Dunia 2019 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top