My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 26 May 2017

    Praktikal Dan Mewah


    Generasi ketiga Kia Grand Carnival 2017 dilancarkan baru-baru ini bukan sahaja tampil dengan rekaan serba baru, malah lebih bergaya model terdahulu. Menawarkan ruang keselesaan dan prestasi pemanduan yang menarik, reka bentuk luarannya lebih besar termasuk ciri signatur ‘Schreyer Grille’ dan lampu nyalaan siang yang kemas antara tarikan utama. 

    Terserlah dengan elemen kemodenan, ia juga dipasang pintu gelongsor bagi memudahkan urusan keluar masuk iaitu ciri yang perlu ada untuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Kenderaan buatan Korea ini boleh memuatkan lapan penumpang dengan selesa dan laluan ke barisan ketiga lebih mudah dengan menarik tuil pada tempat duduk sesuai untuk muatan yang ramai.

    Ruang dalaman dengan pendingin hawa untuk setiap ruang menjanjikan perjalanan yang nyaman, malah boleh dilaras tahap suhu berdasarkan baris tempat duduk mengikut kehendak individu. Sudah pasti perjalanan yang indah ditemani sistem audio enam pembesar suara dengan skrin sesentuh 4.3 inci TFT bagi kualiti bunyi dan ketersambungan lain seperti AUX dan USB melegakan penumpang.

    Ruang konsol tengah boleh menampung komputer riba dan beg tangan sebagai kemudahan praktikal, malah ia tidak terdedah kepada pandangan umum bagi mengelakkan sebarang kecurian. Enjin diesel 2.2 liter memberikan kuasa kuda sehingga 190hp dan daya kilas sehingga 440Nm menawarkan perjalanan yang bertenaga terutama ketika melakukan pemanduan jarak jauh.

    Kawalan lebih ringan dan tepat pada roda setereng tidak membayangkan akan saiznya bagi urusan parkir termasuk kamera undur dan pengesan halangan sangat membantu. Elemen keselamatan asas sedia terpasang pada Grand Carnival seperti sistem brek anti-kunci, sistem bantu bukit, enam beg udara antara yang dapat melindungi keseluruhan penumpang.

    Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga bermula daripada RM153,888 (asas), RM169,888 (2.2 CRDI KX) dan RM185,888 (2.2 CRDI EX) dengan lima tahun waranti tanpa had perbatuan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Praktikal Dan Mewah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top