Bukan lagi rahsia apabila Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad kerap kali menyasarkan MCA untuk melemahkan Barisan Nasional. Pelbagai tuduhan sering dia lemparkan kepada MCA termasuklah dakwaan bahawa MCA kini sudah diserapi dengan semangat komunisme. Semuanya gara-gara hubungan akrab yang terjalin antara parti komponen BN berkenaan dengan Parti Komunis China (CPC).
Banyak fakta sengaja diputar belitkan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya. Apa yang berlaku sebenarnya adalah parti komponen BN berkenaan menghantar wakil ke China untuk mempelajari sesuatu yang boleh di aplikasikan di Malaysia. Ianya sama sekali bukan untuk menukar fahaman parti ini menjadi sebuah parti yang berfahaman komunis.
Dalam hal ini, mungkin Mahathir perlu menjawab persoalan, apa definisi hubungan Mahathir dengan DAP? Umum sedia maklum bahawa satu ketika dahulu, Mahathir telah menyemai sifat kebencian terhadap DAP. Pelbagai andaian dan fahaman telah disebarkan Mahathir hanya semata-mata untuk membolehkan dirinya mendapat sokongan rakyat.
Namun hari ini, segalanya telah berubah. Mahathir yang satu ketika dahulu cukup membenci DAP, kini sanggup untuk menjilat balik ludahnya juga hanya kerana politik. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Mahathir, dia mengakui bahawa penyertaan PPBM kedalam Pakatan Harapan hanyalah bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Di dalam Pakatan Harapan hari ini, DAP dikenali sebagai sebuah parti yang cukup rasis dan seringkali mengajar cara politik kotor yang mana hari ini, semangat setiakawan antara kaum semakin menipis angkara mainan politik keji DAP. Tambahan pula, DAP juga disifatkan mengikuti cara fahaman komunisme yang cukup menebal.
Timbul persoalan, sekiranya kerjasama MCA dan CPC dianggap sebagai mengikuti jejak langkah komunis, bagaimana pula hubungan Mahathir dengan DAP? Adakah impian Mahathir untuk menjatuhkan kerajaan menerusi DAP itu dianggap satu perjuangan yang suci untuk negara?
Jangan hanya pendai meletakkan tuduhan dan fitnah terhadap orang lain sedangkan diri sendiri juga kini menjadi hamba tunggangan sebuah parti yang sememangnya mahu melihat negara ini menjadi sebuah negara Republik dan seringkali cuba merosakkan amalan muhibbah yang kita warisi sejak zaman berzaman.
0 comments:
Post a Comment